Monday, January 14, 2013

Topik lain skit ...TEMPAT MENARIK DI SARAWAK....


Gua Pari @ Fairy cave, Bau, Kuching




Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak di kawasan Krokong Bau. Jika nak ke tempat shopping SARIKIN,  jalan ke tempat ini berada lebih kurang 10km ke hadapan dari simpang Sarikin.
Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki anak tangga setinggi bangunan 4 tingkat (kalau tak salah saya la kan) kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Ada binaan anak tangga lama di tepi dinding batu kapur itu, mungkin terlalu bahaya untuk pengunjung jika mendaki menggunakan tangga tersebut, maka binaan tangga moden ini di buat bagi memudahkan pendaki. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.

Bagi pencinta alam, suasana di dalam gua ini memang cantik. Ini merupakan tempat tinggal manusia kuno. Mengikut fakta gua ini telah wujud sejak 100,000 - 150,000 tahun dahulu.



Saya di hadapan pintu masuk gua di sebelah atas.


Suami saya posse di pintu gua selepas penat mendaki.


Suasana di dalam gua.

Kalau ikutkan saya nak daki sekali lagi sebab saya still tak sampai lagi tingkat paling atas sebab masa tu lutut dah sakit. Di percayai ada lukisan orang zaman purba kat sana.


Tangga-tangga yang menghubungkan antara satu tempat ke satu tempat di dalam gua.

Di dalam gua ini terdapat bilik-bilik yangdipercayai digunakan oleh orang-orang zaman batu sebagai tempat tinggal. Malah terdapat satu telaga di dalam salah satu bilik tersebut yang airnya masih jernih dan cantik. Dan di celahan-celahan batu di sana juga terdpat air mengalir menyebabkan suasana agak bising di dalam gua tersebut tetapi ada satu bilik di dalam gua itu, jika anda masuk suasananya jadi sunyi seperti kedap udara.

So, jika anda berhasrat untuk melawat Sarawak dan minat pada advanture, photographi... di sinilah tempatnya....






No comments:

Post a Comment