HOTEL-HOTEL DI SARAWAK
Bagi yang nak budget la kan.. jangan la amik HILTON ke, MERDEKA PALACE ke..
Mungkin ramai yang tak tahu, kat Kuching ni banyak hotel-hotel murah dan selesa. Mungkin ada yang tak percaya harga untuk double baru RM 65 semalam dengan suasana bilik yang teramat-amat selesa dengan TV, aircond, room servise, air panas... malah kengkadang ada peti ais lagi.
Masa saya balik tahun 2006 dulu, terbaik adalah FATA Hotel..
Husband posse kat katil dalam hotel FATA.
Keadaan dalam hotel FATA.
Hotel-hotel lain yang ada dengan harga yang murah dan selesa yang rata-rata harganya dlm RM 50 - RM 80 semalam untuk katil double.
1. Mayfair Hotel
2. B&B Inn
3. Culture Inn
4. De Palma Waterfront
5. China Town Inn
6. Beds guesshouse
7. Berambih Lodge
8. Nemo Inn
.... banyak lagilah... bleh search kat web site.... hehehehe
Salam. Hotel Fata ni dekat tak dengan waterfront? kalo saya nak berjalan kaki ke waterfront, jauh tak? dengan topshot. ada banyak x gerai makan halal dekat ngan hotel ni. saya nak pi sana bulan 12 ni.
ReplyDeleteW'salam, Kalau di ikutkan Fata Hotel agak jauh juga dari Water Front, kena jln kaki dlm 15 minit. Kalau dulu, Fata hotel ni dekat dgn Pasar Satok. Sekarang Pasar Satok dah berpindah ke tampat lain. Itu informasi terbaru yg saya dpt. Saya akan up-datekan di sini selepas saya balik dari S'wak nanti.
ReplyDeleteFata hotel ni berada di tengah2 kawasan tumpuan pelancong, jadi mudah kalau kita nak bergerak ke sana ke mari. Kalau tak ada anak kecik, pada saya lebih mudah berjalan kaki. Contohnya nak ke Water Front akan melalui beberapa muzium, bazaar kraftangan & survenir. Saya nasihatkan pergi Balai Polis Pelancongan di Water Front, minta peta pelancongan Kuching bagi memudahkan utk bergerak ke destinasi yg dikehendaki.Ia banyak membantu.
Top Spot tu letaknya dekat Jln. Padungan agak jauh dari Fata Hotel. Jln kaki lebih 1/2 jam rasanya.
Gerai makanan halal agak susah nak cari. Kalau ada pun ada kedai mamak kat area India Street. Nak makan makanan halal kena menyeberangi Sungai Sarawak menggunakan 'Penambang' (bot) ke kampung Gersik. Ataupun ke Jalan Satok, di sana baru banyak gerai2 peniaga Melayu. Inipun saya tak pasti, adakah mereka berpindah sekali mengikut Pasar Satok. Kebanyakan sistem perniagaan di sana berkelompok.
Kalau ada apa2 lg yg boleh saya bantu, insya-Allah saya cuba sedaya yg mampu.
Selamat Melancong!!
ooo. terima kasih Missa atas info yang diberi. Nanti, apa apa info terkini update yer. Bila nak pi sana semula.
ReplyDeleteHehehe... sebenarnya, masa saya reply mesej awak, esoknya tu saya dah terbang ke S'wak, balik kampung husband... Insya-Allah, dlm waktu terdekat ni, saya up date blog saya.... Kali ni merantau jauh lagi... Balik ke rumah panjang di Sri Aman ....
ReplyDeleteOk... setakat ni, Pasar Satok tu dah di pindahkan ke Kubah Ria... ada satu bangunan yg di tulis Medan Niaga Satok. Kedai2 makan banyak buka waktu malam aje... Harga barangan pun dah agak mahal berbanding sebelum ni...
Saya cadangkan nak cari survinir, cari di Jln. Gambier atau Bazaar depan waterfront... kat sana boleh pilih kedai mana yg jual lebih murah....
Tempat makan, kat Jln Gambier tu ada yk jugalah gerai2 makan org Melayu... tapi saya tak pernah cuba...
So far byk perubahan di Kuching....