Tuesday, January 15, 2013

Topic lain skit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

PASAR SATOK

Lokasi: Tengah-tangah bandar Kuching
Pasar Satok, yang di buka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, terletak di tapak baru Medan Biaga Satok, bermula 1 Jan 2013.  Pasar ini terkenal dengan kaum perempuan etnik yang membuka gerai-gerai menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, selain pelbagai gerai Cina dan Melayu yang lain.  Antara barang jualan yang terdapat disini termasuklah kraftangan, hasil-hasil hutan (termasuk madu hutan), binatang ternakan, bunga orkid, ikan hidup serta pelbagai snek dan hidangan tempatan. Pasar hujung minggu ini selalunya penuh dengan pengunjung dan masa terbaik untuk melawatnya adalah pada hari Sabtu malam ataupun awal pagi hari Ahad.
Tapak baru ini terletak bersebelahan dengan Kubah Ria, satu tempat makan yang terkenal di menghadap Sungai Sarawak.
Di sini ada jual apa sahaja produk Sarawak. Cenderahati, makanan tradisi, pakaian dan apa sahaja. Terubuk masin ada, kek lapis ada, kain batik Sarawak ada, pakaian tradisi ada (telah dimodenkan), T-shirt, perhiasan manik, belacan, sayur-sayura, buah-buahan.. pendek kata, tak payah pegi tempat lainlah...kat sini semua ada. Anda akan mangambil masa sehingga 1 jam lebih jika anda nak jelajah seluruh pelosok pasar ini. Jangan sesat udah le....


Nak cari makanan pelik-pelik dan buah-buahan pelik2 kat sini pun ada... tengok musim jugalah kan...

Ini BUAH MUJAU. Rasanya cam rambutan je..


Buah ENGKALAK. Rasa dia cam buah rambai. Ada 2 jenis, 1 warna kuning dan 1 lagi warna merah camni. 

BUAH LANGGIR. Rasa dia cam buah sentul. 


Ini dia DURIAN HUTAN akak DURIAN ISU.. hanya terdapat di Sarawak. Rasanya ...hmm jgn terkejut. Rasa cam buah nangka atau cempedak atau sukun masak. 

Harga pun ..wallah!! Murah-murah belaka sehingga anda cam tak percaya je......


Terubuk masin pun murah-murah kat sini.


Kain pelikat dan batik corak Sarawak.

So bagi sesiapa nak shopping..sila-silakanlah....


2 comments:

  1. macam2 ada..nak beli cenderahati ke, kain batik ke..semua ada..banyak tempat2 menarik di sarawak nie..

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

    ReplyDelete
  2. Ye... tapi kain batik dah mahal la... dulu bleh dpt lagi RM9 sepasang.. skrg RM20.... kain yg sama plak tu. kat Satok, langsung x bleh nak tawar sebab kat aunty cina tu je yg ada jual.. x de org lain.. so x de saingan..

    ReplyDelete