Tuesday, January 15, 2013

Topic lain skit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

KAMPUNG BUDAYA

Ada sesiapa pernah pergi Taman Mini Malaysia di Melaka? Ha.. kat sini lebih kurang cam Taman Mini Malaysia.. tapi dipanggil Kampung Budaya. Kat sini mempamerkan budaya-budaya etnik-etnik utama di Sarawak iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau dan Melayu. 


Di hadapan pintu masuk Kampung Budaya, Sarawak


Letaknya Kampung Budaya ni di Pantai Damai, Santubong. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam dari bandar Kuching. Pengangkutan ada charter van dari Hilton Hotel dengan harga RM 40 pergi dan balik. Transport lain pun ada jugak la, naik teksi.

Apa yang menarik kat sini, ada rumah-rumah tradisi kaum-kaum tersebut dengan rumah, gaya hidup, peralatan, pakaian dan masakan kaum-kaum yang terdapat di situ. 

Setiap rumah di sediakan kostum pakaian tradisi mereka untuk disewa bagi tujuan ambil gambar kenang-kenangan. Kalau nak rasa masakan seperti kuih tradisi mereka pun boleh. Di masak dan di buat di dalam rumah tersebut. Malah ada juga persembahan dari suku kaum tersebut di dalam rumah itu.


Saya dan suami dengan pakaian tradisi Iban (tradisi suami saya)

ostum-kostum tu kena sewa la RM 10 sepasang. Dan kalau tukang jaga kostum tu tak sibuk, dia boleh ambilkan gambar kita kat sana.


Saya dan suami di hadapan rumah Iban, tempat jemur padi.

Nak masuk ke sini, kena bayar RM60 seorang. Kelabihan bagi warga Sarawak yg IC dia -13- bersama isteri akan dapat harga istimewa RM25 seorang. Cam saya ..untung lah..murah.


Jambatan buluh Rumah Bidayuh.

Di sini disediakan satu amphiteathre di mana setiap hari ada 2 kali persembahan di buat untuk pengunjung secara percuma oleh Kebudayaan Sarawak. Pukul 11.45 pagi sekali dan pukul 4.30 petang sekali. Persembahan dari tarian pelbagai kaum. Aksi-aksi ngeri macam menari sambil menggigit lesung kayu. Dan penonton bertuah akan di tarik naik ke pentas untuk menyumpit. Memang menarik.


Antara persembahan di dalam amphitheatre.


Bergambar di dalam bilik dalam Rumah Tinggi Melanau.

Yang lagi menariknya, Kampung Budaya ni letaknya di kaki Gunung Santubong, jadi pemandangan di sekelilingnya memang cantik dan agak sejuk di sini.



Antara gmabr berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Pasal makan, jangan risau, kat dalam sini ada kafetaria yg menyediakan makanan tradisi Sarawak seperti Laksa Sarawak dan mee kolok. Hmmm tak penah dengar kan? Tapi percayalah... memang sedap... Harga? tak mahal..biasa-biasa aje. Semangkuk mee kolok RM 4.50... ok kan?

Barang-barang cenderahati pun ada. Boleh beli kat sini.


Bergambar dengan kakak yang masak kuih di rumah Bidayuh.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk tinggal bermalam di sini pun boleh. Boleh pilih mana satu rumah nak tinggal. Harganya kena tanya pihak pengurusan la. Agak-agak sesiapa nak tidur dengan tengkorak manusia boleh lah tidur kat rumah Iban atai Bidayuh.. hehehe


Binaan arca dari buluh di atas bumbung kafetaria Kampung Budaya.

Jaminan saya, sehari kat sini sudah cukup puas hati.....








No comments:

Post a Comment