WIND CAVE (GUA ANGIN)
Gua Angin merupakan salah satu Gua yg terdapat di sarawak.terletak di Bau Sarawak.Perjalanan mengambil masa lebih kurang Satu jam dari bandar Kuching.
Di hadapan pintu masuk Gua Angin.
Gua berkenaan yang dianggap sebagai satu daripada daya tarikan pelancongan terbesar di Sarawak, dikelilingi oleh perkampungan yang mempersonakan, ladang getah, kebun lada, ladang koko dan hutan hujan yang subur.
Gua Angin juga terkenal kerana kepelbagaian flora dan fauna yang menjadikannya sebuah destinasi hebat kepada semua pengunjung, termasuk bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan. Di sebelah belakangnya terdapat anak sungai yang mengalir cantik.
Ada di antara pengunjung yang memilih untuk berenang dan bersantai di sungai atau berhampiran sungai itu, manakala yang lainnya pula akan meneroka gua berkenaan untuk merasai banyak keajaibannya. Dan mengikut para arkeologi gua berkenaan terbentuk semasa zaman Jurassic-Cretaceous. Di dalam gua tersebut disediakan pelantar dari kayu belian sebagai walkway untuk kita meneroka. Disediakan juga lampu picit untuk kita berjalan di dalam gua. Maklumlah ..gelap. Masuk ke gua ni kena bayar RM5 seorang dan sewa lampu picit RM3 sebuah.
Di sebalah belakang gua ini disediakan temp[at beriadah. Boleh mandi sungai yang berjeram. Disediakan tempat duduk, tandas awam dan gerai-gerai makan yang hanya beroperasi pada cuti umum dan cuti sekolah aje.
Di tempat perkelahan sungai tepi Gua Angin. Masa ni hujan, air keroh, tak boleh nak mandi.
Di salah satu laluan gua.
Kerja-kerja ekskavasi oleh penjelajah terdahulu seperti Beccari pada 1865 menunjukkan terdapat penghuni di Gua Angin sehingga sejak kebelakangan ini, menjadikannya antara tapak arkeologi paling penting di dunia, berikutan penemuan koleh tembikar, arang dan kepingan kulit hidupan marin serta air tawar.
Sambil-sambil tu sebelum sampai ke sini, boleh lah singgah di Tasik Biru, Bau. tasik ni bekas lombong emas antara yang paling dalam. Pernah meragut nyawa pelombong. Airnya biru dan mengandungi arsenik yang tinggi. So jangan la pula memancing kat situ ye.. Cuma pemandangannya tu yang cantik.
Di tepi Tasik Biru,
No comments:
Post a Comment