Tuesday, January 29, 2013

Topic Lain Sikit - TEMPAT MENARIK DI KUCHING

TAMAN NEGARA BAKO
Lokasi : Kuching, Sarawak



Sebuah Taman Negara yang beroperasi sejak 1957, Bako menjanjikan pengenalan tepat mengenai hidupan liar dan alam semulajadi yang boleh didapati di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian utara Semenanjung Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak kecil, Bako menempatkan pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan belukar, hutan bakau,hutan dipterokarpa, tumbuhan cerunam bukit dan banyak lagi. Malah, di Bako anda boleh menjumpai hampir kesemua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo.Bako juga menempatkan pelbagai jenis hidupan liar serta kawasan persisiran pantai yang menarik. Taman Negara ini juga dipenuhi trek jarak dekat dan jauh yang mana ada diantaranya mengambil masa selama sehari untuk dihabiskan. Tidak seperti Taman Negara lain, anda pasti akan dapat melihat hidupan liar di Bako. Monyet-monyet macaque dan monyet daun perak amat mudah dijumpai, babi hutan juga merupakan antara yang mudah untuk dilihat kerana sering berkeliaran di pusat kawalan serta biawak dan tupai juga banyak di sini. Anda juga berpeluang menyaksikan monyet proboscis jika memilih trek seperti Telok Paku atau Telok Delima, lebih-lebih lagi jika anda pergi pada lewat waktu tengah hari. Peluang untuk berjumpa dengan haiwan-haiwan liar ini lebih cerah sekiranya anda peka dan senyap ketika berjalan. Sebagai contoh, anda akan dapat mendengar bunyi buah yang jatuh dari pokok dan di situ kemungkinan terdapat beberapa monyet proboscis. 



Kehidupan tumbuhan di Bako adalah indah dan mudah dilihat. Setiap trek memiliki pelbagai jenis tumbuhan, dari pokok dipterokarpa setinggi 80-meter sehinggalah ke hutan bakau yang tebal. Pokok Pitcher sejenis tumbuhan karnivor juga boleh dilihat di trek Lintang. 



Bako juga memiliki kawasan pantai yang indah sesuai untuk dijadikan tempat istirehat diantara trek. Pantai terbaik di Bako merupakan Telok Pandan Kecil. Selepas kira-kira sejam perjalanan dari trek Teluk Pandan Kecil, anda akan tiba di sebuah kawasan berbatu. Pemandangan indah dari puncak serta keinginan untuk terjun ke dalam air yang jernih cukup untuk merenggangkan otot-otot yang keletihan akibat berjalan jauh. Perjalanan selama 20-minit pun bakal menjadi lebih menarik. Pantai-pantai di sini disempadani oleh batu kapur dan tebing curam batu pasir yang mempunyai formasi menarik hasil pergerakan air laut seperti formasi Sea Stack yang amat terkenal. 



Sekiranya anda berjalan ketika matahari terbenam di pantai Telok Assam berdekatan pusat kawalan utama, anda akan berpeluang melihat burung layang-layang yang hinggap di sarang mereka di atas batu di hujung pantai. Jangan tinggalkan pantai sebaik selepas matahari terbenam di belakang Gunung Santubong. Tunggu kira-kira 20 minit kerana masa itulah warna langitnya akan berubah secara dramatic dengan penuh warna-warni berlatarbelakangkan Gunung Santubong yang tersergam indah. 


Pemandangan Indah Gunung Santubong


Bot yang akan membawa kita ke taman Negara Bako


Antara pemandangan indah dari puncak bukit di Bako



NOTA : Ada kalanya trek yang jauh di Bako ditutup sementara. Ini adalah kerana mereka perlu memastikan terdapat kawasan yang tidak diganggu oleh manusia dalam masa tertentu agar dapat memelihara kehidupan semulajadi di sini. Sila dapatkan maklumat dari pejabat tempahan National Parks & Wildlife tentang trek yang ditutup sementara.


Balik tahun 2010 memang nak pergi sesangat tempat ni tapi malangnya waktu tu musim hujan so tak dapat nak pergi. So balik bulan Jun 2013 ni, ini adalah tempat yang MESTI pergi...
Lupa nak cakap, naik bot ke sini kena bayar 1 bot RM40 dan boleh naik sehingga 8 orang. So pandai-pandailah cari kawan untuk kongsi tambang.....

Topic lain Skit - TEMPAT MENARIK DI KUCHING

TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
Lokasi : Lundu, Kuching

Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5 hari sahaja sebelum layu. 



Gunung Gading hanya dibuka kepada orang awam sejak pertengahan tahun 1994, setelah kajian impak alam semulajadi dijalankan secara menyeluruh. Sebelum itu tempat ini hanya menjadi zon pemuliharaan bagi bunga rafflesia. Kini, penekanan kepada pemuliharaan tetap menjadi agenda utama dan pihak Taman Negara telah mengambil langkah untuk hanya membenarkan orang awam melihat bunga rafflesia yang sudah mekar tanpa mengganggu bunga yang masih belum matang. Terdapat juga ‘plankwalk’ di mana tempat rafflesia biasanya dijumpai, dan sekiranya tanaman yang di cari hanya boleh dijumpai jauh di dalam kawasan hutan, renjer-renjer Taman Negara boleh membantu anda untuk ke kawasan tersebut. Anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar pucuk berwarna coklat di atas trek adalah bunga rafflesia dan sila ikuti arahan renjer taman. Bayaran untuk renjer adalah RM20 sejam (setiap kumpulan). 





Memandangkan waktu mekar rafflesia ini sangat singkat dan amat jarang, masa yang sesuai (rezeki) adalah amat penting. Biasanya, kakitangan taman ini arif tentang waktu mekar setiap bunga rafflesia di sini. Pelawat boleh mendapatkan informasi dengan menghubungi pusat kawalan (Tel:082-735144) ataupun hubungi pejabat tempahan National Parks and Wildlife di Kuching (Tel:082-248088). Walaupun pada kebiasaannya bunga ini mekar sepanjang tahun, bulan November, Disember dan Januari merupakan musim kemuncak kerana bilangan bunga yang mekar biasanya tinggi. 


Menyaksikan bunga rafflesia merupakan tarikan utama Gunung Gading, namun keseluruhan kawasan Taman Negara ini serta kawasan Lundu juga berbaloi untuk diterokai. Puncak gunung memjadi pemandangan yang menarik di pekan Lundu serta pantai-pantai berdekatan iaitu Pandan dan Siar. Di Gunung Gading juga terdapat trek dan laluan hutan yang mencabar serta mengasyikkan. 



Trek “The Waterfall” merupakan trek yang paling singkat dan melalui beberapa buah air terjun yang menarik. Untuk sampai ke air terjun terakhir, air terjun No.7 akan mengambil masa sejam perjalanan. Untuk trek-trek lain pula, anda perlu berada di dalam keadaan fizikal terbaik kerana ianya melibatkan pendakian gunung yang serius seperti trek Gunung Gading Summit (3-4 jam untuk pergi sahaja). Anda perlu menghabiskan trek dan pulang pada hari yang sama kerana tidak dibenarkan untuk bermalam di sini. 

Dari puncak, anda boleh memilih untuk melalui trek Batu Bakubu di mana terdapat bekas kem komunis. Maklumat
lanjut tetang trek-trek ini boleh didapati dari ibupejabat Taman Negara Gunung Gading.




Hmmmm.... tempat ni saya belum pergi lagi. Insya-Allah saya akan jejaki tempat yang cantik ini.. tak lama lagi..hehehe

Monday, January 21, 2013

Topic lain sikit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

MATANG WILDLIFE CENTER

Matang Wildlife Centre merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kubah yang menempatkan pelbagai jenis hidupan liar dalam golongan spesis merbahaya di dalam kawasan tertutup ataupun sangkar yang sangat luas. Tarikan utamanya merupakan program latihan orang utan di mana orang utan yang tidak mempunyai ibu bapa ataupun telah diselamatkan, diajar cara-cara untuk hidup di dalam hutan sebenar. Masa terbaik untuk melihat mereka adalah pada masa memberi makanan (sila rujuk di bawah). Selain orang utan, pusat ini juga menempatkan rusa sambar, buaya, beruang matahari, musang dan benturung, dan tiga aviary besar yang menempatkan burung enggang, helang, burung lelayang, burung botak serta beberapa lagi spesis yang berasal dari Sarawak. 

Terdapat beberapa lokasi sesuai untuk berkelah yang terletak hanya bersebelahan pusat informasi serta empat jejak hutan. Pitcher Trail, yang mengelilingi hutan ini, mengambil masa dua jam untuk dihabiskan dan trekker akan dapat melihat dengan mudah tumbuhan pitcher yang memenuhi lantai trek di kedua-dua belah jalannya. Rayu Trail pula mengambil masa 3-4 jam untuk dihabiskan dan ianya menuju ke Pusat Taman Negara Kubah. Manakala Sungai Buluh Trail pula akan membawa anda ke dua buah lokasi air terjun yang menakjubkan dan mengambil masa 2 jam (untuk pergi sahaja). 

Di sini terdapat sebuah pusat informasi, kemudahan penginapan dan sebuah kantin kecil berdekatan tempat letak kereta.

Masuk kat sini berbayar, tapi saya tak ingat berapa. Kalau tak salah RM5 seorang. Untuk pergi ke sini memakan masa dalam 30 minit dari bandar Kuching. Ada teksi dan ada bas yang pergi. 


Tempat ni menempatkan haiwan-haiwan liar yang mengalami kepupusan. Ada orang utan, kijang, tapir dan macam-macamlah. Yang menriknya dia di dalam hutan. Disediakan board walkway untuk kita berjalan-jalan di dalamnya. Memang cantik kawasan dia sebab ada jeram di sebelah luar kawasan ni. Dan kita boleh mandi manda sekali.


Aksi terlarang penghuni di sana..

Suasana di boardwalk yang disediakan.


Dengan penghuni paling tua di dalam pusat ini.


Gambar ini diambil semasa dalam perjalan balik dari Matang Wildlife Center.
Jangan tak percaya, tepi-tepi jalan pun ada sungai yang cantik yang boleh kita singgah untuk beriadah. Ada toilet utuk kita tukar baju kalau nak mandi manda. Tempat yang penuh pokok-pokok, redup mata memandang. Tempat duduk dan kawasan lapang untuk berkelah. masuk? PERCUMA!!



Tuesday, January 15, 2013

Topic lain skit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

WIND CAVE (GUA ANGIN)

Gua Angin merupakan salah satu Gua yg terdapat di sarawak.terletak di Bau Sarawak.Perjalanan mengambil masa lebih kurang Satu jam dari bandar Kuching.


Di hadapan pintu masuk Gua Angin.


Gua berkenaan yang dianggap sebagai satu daripada daya tarikan pelancongan terbesar di Sarawak, dikelilingi oleh perkampungan yang mempersonakan, ladang getah, kebun lada, ladang koko dan hutan hujan yang subur.

Gua Angin juga terkenal kerana kepelbagaian flora dan fauna yang menjadikannya sebuah destinasi hebat kepada semua pengunjung, termasuk bagi tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan. Di sebelah belakangnya terdapat anak sungai yang mengalir cantik. 

Ada di antara pengunjung yang memilih untuk berenang dan bersantai di sungai atau berhampiran sungai itu, manakala yang lainnya pula akan meneroka gua berkenaan untuk merasai banyak keajaibannya. Dan mengikut para arkeologi gua berkenaan terbentuk semasa zaman Jurassic-Cretaceous. Di dalam gua tersebut disediakan pelantar dari kayu belian sebagai walkway untuk kita meneroka. Disediakan juga lampu picit untuk kita berjalan di dalam gua. Maklumlah ..gelap. Masuk ke gua ni kena bayar RM5 seorang dan sewa lampu picit RM3 sebuah.

Di sebalah belakang gua ini disediakan temp[at beriadah. Boleh mandi sungai yang berjeram. Disediakan tempat duduk, tandas awam dan gerai-gerai makan yang hanya beroperasi pada cuti umum dan cuti sekolah aje.


Di tempat perkelahan sungai tepi Gua Angin. Masa ni hujan, air keroh, tak boleh nak mandi. 


Di salah satu laluan gua.


Kerja-kerja ekskavasi oleh penjelajah terdahulu seperti Beccari pada 1865 menunjukkan terdapat penghuni di Gua Angin sehingga sejak kebelakangan ini, menjadikannya antara tapak arkeologi paling penting di dunia, berikutan penemuan koleh tembikar, arang dan kepingan kulit hidupan marin serta air tawar.

Sambil-sambil tu sebelum sampai ke sini, boleh lah singgah di Tasik Biru, Bau. tasik ni bekas lombong emas antara yang paling dalam. Pernah meragut nyawa pelombong. Airnya biru dan mengandungi arsenik yang tinggi. So jangan la pula memancing kat situ ye..  Cuma pemandangannya tu yang cantik.


Di tepi Tasik Biru,

Topic lain skit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

KAMPUNG BUDAYA

Ada sesiapa pernah pergi Taman Mini Malaysia di Melaka? Ha.. kat sini lebih kurang cam Taman Mini Malaysia.. tapi dipanggil Kampung Budaya. Kat sini mempamerkan budaya-budaya etnik-etnik utama di Sarawak iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau dan Melayu. 


Di hadapan pintu masuk Kampung Budaya, Sarawak


Letaknya Kampung Budaya ni di Pantai Damai, Santubong. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam dari bandar Kuching. Pengangkutan ada charter van dari Hilton Hotel dengan harga RM 40 pergi dan balik. Transport lain pun ada jugak la, naik teksi.

Apa yang menarik kat sini, ada rumah-rumah tradisi kaum-kaum tersebut dengan rumah, gaya hidup, peralatan, pakaian dan masakan kaum-kaum yang terdapat di situ. 

Setiap rumah di sediakan kostum pakaian tradisi mereka untuk disewa bagi tujuan ambil gambar kenang-kenangan. Kalau nak rasa masakan seperti kuih tradisi mereka pun boleh. Di masak dan di buat di dalam rumah tersebut. Malah ada juga persembahan dari suku kaum tersebut di dalam rumah itu.


Saya dan suami dengan pakaian tradisi Iban (tradisi suami saya)

ostum-kostum tu kena sewa la RM 10 sepasang. Dan kalau tukang jaga kostum tu tak sibuk, dia boleh ambilkan gambar kita kat sana.


Saya dan suami di hadapan rumah Iban, tempat jemur padi.

Nak masuk ke sini, kena bayar RM60 seorang. Kelabihan bagi warga Sarawak yg IC dia -13- bersama isteri akan dapat harga istimewa RM25 seorang. Cam saya ..untung lah..murah.


Jambatan buluh Rumah Bidayuh.

Di sini disediakan satu amphiteathre di mana setiap hari ada 2 kali persembahan di buat untuk pengunjung secara percuma oleh Kebudayaan Sarawak. Pukul 11.45 pagi sekali dan pukul 4.30 petang sekali. Persembahan dari tarian pelbagai kaum. Aksi-aksi ngeri macam menari sambil menggigit lesung kayu. Dan penonton bertuah akan di tarik naik ke pentas untuk menyumpit. Memang menarik.


Antara persembahan di dalam amphitheatre.


Bergambar di dalam bilik dalam Rumah Tinggi Melanau.

Yang lagi menariknya, Kampung Budaya ni letaknya di kaki Gunung Santubong, jadi pemandangan di sekelilingnya memang cantik dan agak sejuk di sini.



Antara gmabr berlatar belakangkan Gunung Santubong.

Pasal makan, jangan risau, kat dalam sini ada kafetaria yg menyediakan makanan tradisi Sarawak seperti Laksa Sarawak dan mee kolok. Hmmm tak penah dengar kan? Tapi percayalah... memang sedap... Harga? tak mahal..biasa-biasa aje. Semangkuk mee kolok RM 4.50... ok kan?

Barang-barang cenderahati pun ada. Boleh beli kat sini.


Bergambar dengan kakak yang masak kuih di rumah Bidayuh.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk tinggal bermalam di sini pun boleh. Boleh pilih mana satu rumah nak tinggal. Harganya kena tanya pihak pengurusan la. Agak-agak sesiapa nak tidur dengan tengkorak manusia boleh lah tidur kat rumah Iban atai Bidayuh.. hehehe


Binaan arca dari buluh di atas bumbung kafetaria Kampung Budaya.

Jaminan saya, sehari kat sini sudah cukup puas hati.....








Topic lain sikit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

KUCHING WATERFRONT

Tebingan Sungai Kuching yang terletak di selatan Sungai Sarawak merupakan destinasi pilihan bagi pengunjung yang ingin menikmati aura cosmopolitan bandar ini. Di siang hari, ia menawarkan pemandangan unik The Astana, Fort Margherita dan kampung-kampung melayu yang terletak di seberang sungai; manakala, di malam hari tempat ini bertukar menjadi meriah! Terasa seakan-akan separuh dari penduduk bandar ini berkunjung kesini untuk bertemu rakan-rakan, menonton persembahan ataupun sekadar mengisi masa lapang. Untuk kelainan, cubalah “jetty-hopping” di sepanjang sungai dengan menaiki bot penambang dan menikmati pemandangan yang menyegarkan, bunyi alam semulajadi dan juga makanan-makanan unik di kedua-dua belah tebing sungai ini. 

Setelah melalui fasa pembangunan, Tebingan Sungai Kuching kini merupakan pusat perjumpaan yang paling popular di bandar ini. Gudang-gudang lama digantikan dengan esplanade sepanjang 900m, lanskap yang cantik lengkap dengan bangku-bangku, gerai makanan, restoran dan kemudahan hiburan. Beberapa bangunan lama yang dikekalkan dan menjadi sebahagian daripada rekabentuk disini termasuklah Museum Sejarah Cina, Bangunan Sarawak Steamship, teater terbuka dan Square Tower. Terdapat juga bangunan baru yang ditambah untuk melengkapkan rekabentuknya seperti Chinese Pavilion, air pancut berirama serta beberapa ukiran-ukiran moden.


Suasana di tebing sungai Sarawak (Water front)


Antara tempat yang cantik untuk ambil gambar di Kuching Water Front


Nak naik Cruise? Boleh ... ambil perlayaran petang.. boleh tengok matahari tenggelam. Harga kalau tak salah RM65 seorang untuk perjalanan selama 45 minit menyusuri sungai Sarawak. Saya belum naik lagi.... mungkin akan datang kot.


Saya di Magherita Ford yang kini menjadi Muzium Pils di Sarawak. Salah satu tapak sejarah terletak di seberang sungai Sarawak. Boleh pegi naik bot penambang dari Water Front. Harga RM0.30 seorang.


Suami saya posse di salah sebuah muzium yang terdapat berhampiran Water Front. Pegi jalan kaki aje. Dan masuk adalah PERCUMA ye... Ada banyak lagi Muzium.. semua dekat-dekat aje....


Suasana senja di Water Front.

Petang-petang kat sini agak meriah. Ada seniman jalanan memakai pakaian tradisi Orang Ulu sambil bermain sape ...

Orang yang menjual kek lapis.. cenderahati macam key chain, assessories manik.. macam-macam lagilah...

Memang menarik. Boleh santai-santai selepas penat berjalan....






Topic lain sikit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

HOTEL-HOTEL DI SARAWAK
Bagi yang nak budget la kan.. jangan la amik HILTON ke, MERDEKA PALACE ke..

Mungkin ramai yang tak tahu, kat Kuching  ni banyak hotel-hotel murah dan selesa. Mungkin ada yang tak percaya harga untuk double baru RM 65 semalam dengan suasana bilik yang teramat-amat selesa dengan TV, aircond, room servise, air panas... malah kengkadang ada peti ais lagi.

Masa saya balik tahun 2006 dulu, terbaik adalah FATA Hotel..


Husband posse kat katil dalam hotel FATA.


Keadaan dalam hotel FATA.

Hotel-hotel lain yang ada dengan harga yang murah dan selesa yang rata-rata harganya dlm RM 50 - RM 80 semalam untuk katil double.

1. Mayfair Hotel 
2. B&B Inn 
3. Culture Inn
4. De Palma Waterfront
5. China Town Inn
6. Beds guesshouse
7. Berambih Lodge
8. Nemo Inn

.... banyak lagilah... bleh search kat web site.... hehehehe




Topic Lain Sikit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

TOP SPOT SEAFOOD CENTRE (TAMAN KERETA)


Saya nak kongsi info tempat makan yang memang terkenal kat Kuching ni. Kalau minat makanan laut, kat Kuching, tempat yang paling digemari ramai ialah Top Spot Seafood Kuching atau dikenali sebagai Taman Kereta Seafood. Kat sini macam-macam makanan laut kita boleh cuba, nak yang masam manis, pedas, berkrim, sup dan lain-lain lagi, semua kita boleh dapat kat sini.

Lokasi di jalan Padungan, Kuching. Ikan-ikan yang ada kat simni semua jenis ikan mahal-mahal ... kalau di Semenanjung. Ada ikan Kerapu Merah, Ikan Jenahak saiz XXL, ketam besar-besar, Udang besar-besar & lobster pun ada dengan harga amat MURAH! Ye kengkawan.. diulangi MURAH. Sama je cam makan ikan bakar kat Umbai atau kat Muara Sungai Duyung, Melaka.. tapi kat sini laagiii murah.


Signboard atas bangunan sebab lokasi dia kat tempat parking kereta bangunan.


Tempat saya makan.


Tapi kengkawan jangan la plak cuak bila sampai kat sini sume gerai-gerainya adalah gerai cina... sebenar tokey dia cina, tukang masak dia melayu atau indon. Dan semuanya ada SIJIL HALAL.. so makanlah tanpa was-was..


Sijil HALAL JAKIM & JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK.
(Bleh cek kat web JAKIM)

Masakannya, ikut la kita nak makan cam mana. Masak halia ke, black paper ke, butter ke.... semua boleh...


Antara ikan-ikan yang dihidangkan ... sebelum masak le...


LOBSTER tu............


Antara hidangan yang saya makan bersama suami.


Udang bakar butter.. antara yang sedap...

Percaya atau tidak menu yang saya makan
1. Kerapu merah stim halia
2. Ketam masak cili (Saiz XL)
3. Ketam black paper (Saiz XL)
4. Udang bakar butter (Saiz XXL)
6. Udang bakar kosong (Saiz XXL)
7. Midin goreng belacan (pucuk paku)
8. Pucuk manis goreng telur
9. Nasi 3 mangkuk
10. Air Fresh orange 1 jag..

2 orang makan.. kos tak sampai RM100 pun........








Topic lain sikit - TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

PASAR SARIKIN

Pasar Sarikin yang terletak kira2 satu jam perjalanan dari Bandaraya Kuching. Letaknya di kawasan BAU. Lokasi berhampiran dengan pintu masuk ke Kalimantan, Indonesia dan peniaga di sini rata2nya berbahasa Indonesia. Banyak barangan yang dijual di sini dari pakaian, tudung, telekung, batik, barangan perhiasan, makanan dan lain2 kebanyakannya dari Indonesia

Kita perlu berjalan dari satu hujung ke satu hujung yang lagi satu yang lebih kurang 1-2 km jauhnya untuk survey barang yang anda cari atau minat sebab banyak saingan. Dan kita boleh tawar menawar sehingga separuh harga yang diletakkan. Kemahiran dalam tawar menawar amatlah diperlukan di sini untuk mendapatkan harga yang terbaik. Kalau nak ke Pasar Sarikin, perlu datang awal kerana kalau lewat mungkin akan berlaku kesesakan lalulintas di sini dan kita terpaksa parking dan berjalan jauh. Pasar ini  dibuka pada SABTU dan AHAD sahaja.

Lagi satu nak bagitau, tempat ni memang panas sikit, so sesapa nak pegi tu bawak la tuala good morning. Kalau nak beli kat sana pun boleh RM2 sehelai. kalai pakai tisu, mau penuh muka dgn tisu...huhuhu



Suasana di SARIKIN


Telekung murah-murah.. Yang cantik-cantik tu kalau pandai tawar bleh dapat RM35 sepasang. Kat Semenanjung ni pun klu kat Mydin tu dah RM70 sepasang.


Syurga kebaya Indonesia. Cam biasalah kan kalau pandai tawar.. harga bleh jadi tak sampai RM100 sepasang.

AMACAM ADA BERANI?