KISAH ‘KEDIHUPAN’
Pagi itu suasana amat ceria. Dua
ekor anak kucing berwarna hitam dan berwarna putih sedang bermain-main di tepi
lorong rumah kedai tinggal yang hapak dan hancing itu. Si ibu kucing hanya
memerhati gelagat kedua-dua anaknya dari jauh sambil dia sendiri memanjat
tong-tong dan bakul sampah yang ditinggalkan oleh manusia untuk mencari makan.
Tempat itu sering menjadi tempat buangan sampah oleh manusia yang tak ada
kesedaran sivik. Tetapi kalau difikirkan, ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya
ada juga rezeki buat haiwan-haiwan yang tak bertuan mencari makan dan
membesarkan anak-anak.
Kawasan itu yang berhampiran dengan
kampung hanya dihuni oleh kucing, anjing, tikus dan haiwan-hawan lain yang
mencari makan di situ.
Sementelah anak-anak kucing itu semakin
menjauh,
“Hitam!! Putih!! Jangan main
jauh-jauh..!!” tegur Si Ibu kucing dari jauh apabila kelekaan anak-anaknya
semakin hilang dari pandangannya.
“Baik!!” jawab kedua-dua anak kucing
itu serentak sambil berlari-lari ke arah ibunya yang duduk bertenggek di atas
tong kayu.
Tiba-tiba…
“Uwa..!!
Uwa..!!”
Anak-anak
kucing itu berhenti berlari sambil berpandangan sesama sendiri.
Keheningan
pagi tu dicemari dengan bunyi yang terlalu asing bagi mereka. Namun atas dasar
ingin tahu , mereka mencari dari mana arah datangnya bunyi tersebut tanpa
memperdulikan panggilan ibu mereka.
“Uwa..!!
Uwa..!!”
Suara
itu kian kuat apabila mereka menghampiri satu bakul rotan buruk yang ditutup
dengan kain batik lusuh.
“Bunyi
apa tu?” Tanya Si Putih pada Si Hitam.
“Entah.
Aku tak pernah dengar bunyi seperti ini,” jawab Si Hitam.
“Cuba
kau tarik kain tu, mungkin kita boleh lihat apa yang berbunyi,” suruh Si Hitam.
“Er.. tak bahaya ke?” Tanya Si Putih
agak gusar.
“Kalau bahaya, sekarang ni pun kita
sudah diserang,” jawab Si Hitam penuh yakin.
Dengan sedikit berdebar dan sedikit
yakin Si Putih menarik kain lusuh yang menutupi bakul itu. Dan…
“Uwa..!! Uwa..!!” suara suatu
makhluk yang dibungkus dengan kain buruk di dalam bakul itu sambil
menendang-menendang perlahan.
Kedua-dua anak kucing terkejut dan
mereka melarikan diri ke arah ibu mereka.
“Ibu!!
Ibu!! Tolong, ada haiwan besar nak makan kami!!!” jerit kedua-dua anak kucing
pada ibu mereka.
Sepnatas
kilat di ibu terjun dari kotak dan meninjau sekeliling mencari haiwan manakah
yang mahu mengganggu gugat keamanan dia dan anak-anaknya. Kukunya sudah sedia
terhunus. Dia akan mempertahankan anak-anaknya dari apa juga anasir yang
mendatang. Lagaknya tak ubah seperti serikandi yang mempertahankan negara.
Namun
musuh yang ditunggu tak kunjung tiba. Hatinya lega.
“Kan ibu dah cakap. Jangan
main jauh-jauh. Musuh banyak!”marah si ibu.
Kedua-dua
anak kucing menggangguk. Menyesal rasanya dia menyingkap kain buruk itu.
Makhluk yang dia sendiri tak tahu apakah namanya itu amat menakutkannya. Wajah
makhluk itu agak comel tetapi kotor seperti kesa-kesan darah. Mungkin baru
membaham haiwan lain, fikirnya.
“Binatang
apa yang ganggu kamu tadi. Anak anjing semalam tu ke?” Tanya si ibu nak tahu.
Kedua-dua
anak kucing tak menjawab. Kerana mereka memang tak tahu makhluk apakah yang
mereka nampak tadi.
“Tak
tahulah ibu. Kami terdengar bunyi yang pelik. Kami pergi tengok, tiba-tiba
makhluk itu menyergah kami.. Kami larilah,” jawab Si Putih.
“Makhluk?
Makhluk macam amana?” Tanya si ibu makin pelik.
“Kami
tak tahu. Kami tak pernah tengok makhluk sebegitu. Tapi dia tak mengejar. Dia
hanya duduk di dalam bakul,” jawab Si Hitam.
Si
ibu terdiam. Hatinya ligat berfikir, makhluk apakah itu?
‘Ah..
biarlah. Yang penting anak-anak aku selamat,’ fikir si ibu kucing.
Tetapi
hatinya memberontak ingin tahu makhluk apakah yang mengganggu anaknya itu.
Satu
jam telah berlalu, namum hati si ibu masih teringatkan ‘makhluk’ yang dikatakan
oleh kedua-dua ekor anaknya.
“Putih,
Hitam. Bawa ibu ke tempat itu. Hati ibu tak sedap lah,” kata si ibu kucing.
Si
Hitam dan Si Putih hanya berpandangan sesama sendiri. Pelik dengan permintaan
si ibu.
Takut
juga kalau-kalau di serang oleh makhluk itu.
“Tapi…”
“Bawa
aje ibu ke sana!”
potong si ibu.
Makan
Si Hitam dan Si Putih membawa si ibu ke bakul buruk itu. Pada ketika itu
matahari sudah tinggi segalah. Kawasan itu juga sudah agak panas. Semakin
hampir dia di kawasan itu, kian terdengar suara yang merengek yang semakin
lemah. Suara itu seperti sudah hampir hilang kerana terlalu banyak menjerit.
“Di
sana ibu..”
bisik Si Hitam.
Si
ibu memerhati. Namun dia tak berani untuk hampir. Namun suara yang datangnya dari
bakul itu benar-benar meruntun hatinya. Entah kenapa hatinya berasa amat
kasihan mendengar suara itu.
“Kamu
berdua tunggu di sini!” arah si ibu.
Si
ibu mengeluarkan kukunya. Manalah tahu kalau-kalau makhluk itu menyerang pula.
Sekurang-kurangnya dia sudah bersedia.
Si
ibu berjalan perlahan-lahan dan akhirnya ternampaklah apa yang berada di dalam
bakul itu. Makhluk yang dimaksudkan oleh anak-anaknya.
“Ya
Allah!! Bayi manusia!” bisik si ibu.
Bayi
itu sedang menangis. Mungkin kepanasan atau mungkin kelaparan. Kulitnya masih
terpalit darah di sana-sini. Malah ada semut-semut kecil sudah mengerumuni
telinga dan mukanya.
“Ya
Allah!!” Si ibu tak sanggup melihat keadaan bayi manusia itu.
Dia
dengan pantas turun ke arah bayi itu. Dengan pantas dia melindungi bayi itu
dari panas terik mentari. Dijilatnya seluruh tubuh kecil itu dari terus
dihurungi semut dan dia lantas membersihkan tubuh kecil itu dari palitan darah.
Kedua-dua
anak kucing semakin pelik apabila melihat si ibu terjun ke dalam bakul yang
berisi makhluk yang ditakuti oleh mereka tadi.
Si
ibu masih menjilat dan membesihkan bayi manusia itu. Si bayi berhenti menangis.
“Kaukah
ibu ku?” Tanya si bayi dengan suara yang serak kerana terlalu banyak menangis.
“Bukan.
Aku ibu kucing. Aku kasihan melihat kau menangis wahai bayi manusia. Kenapa kau
menangis?” Tanya si ibu kucing.
“Aku
lapar….” Jawab si bayi itu.
“Bagaimana
kau boleh barada di sini?’ Tanya si ibu kucing lagi.
“Aku
tak tahu. Apa yang aku tahu, sebaik sahaja aku melihat dunia ini, sesorang
telah membawa aku ke sini dan meninggalkan aku di sini. Aku fikir itulah ibuku.
Tetapi dia tidak kembali sehinggalah suasana menjadi terang dan makhluk-makluk
kecil ini menggigit tubuhku. Dan kau datang menyelamatkan ku..” jawab si bayi.
“Bagaimana
boleh aku tolong wahai bayi manusia?” Tanya si ibu kucing lagi.
“Aku
tak tahu wahai ibu kucing. Tolonglah aku amat-amat kelaparan. Sejak dari aku melihat
dunia ini, tiada setitis air pun masuk ke mulutku..” rintih si bayi.
Si
ibu kucing menitiskan air mata.
‘Mengapa
manusia sanggup meninggalkan bayi kecil ini di tempat kotor seperti ini…’
“Wahai
bayi manusia. Aku akan carikan makanan untukmu. Kau bersabarlah. Aku akan
datang lagi membawa sesuatu untuk kamu,” kata si ibu kucing.
“Terima
kasih wahai ibu kucing,” jawab bayi itu.
Si
ibu kucing melompat pergi. Dia tak tahu apakah makanan yang perlu dibawakan
kepada bayi manusia itu. Dia tak ada pengalaman menjaga bayi manusia.
Tiba-tiba,
si bayi menangis lagi…
Si
ibu kucing terus mendapatkan bayi itu.
“Kenapa
kau menangis wahai bayi manusia?” Tanya si ibu kucing lagi.
“Tubuhku
perit teramat sangat. Aku barasa teramat panas…” bisik si bayi dengan lemah.
Barulah
si ibu kucing tahu. Suasa semakin panas. Si bayi terdedah kepada panas
matahari. Jika dibiarkan pasti akan meragut nyawa si bayi.
Si
ibu kucing cuba
menolak bakul ke tepi namun dia tak
berdaya. Tiada apa yang boleh dibuat sebagai lindungan dari cahaya matahari.Dia
mundar mandir sendirian.
“Ibu,
apa yang kami boleh tolong ibu?” Tanya Si Putih setelah sekian lama hanya
memerhatikan gelagat si ibu.
“Kita
mesti tolong makhluk itu. Dia bayi manusia yang mungkin ditinggalkan oleh
ibunya mencari makanan. Tetapi si ibu tidak kembali. Sekarang matahari sedang
meninggi, bayi ini akan mati kepanasan jika tidak dilindung. Ibu akan carikan
makanan untuk bayi ini,” terang si ibu panjang lebar.
“Ibu.
Itu kain yang melindungi bakul itu tadi,. Kami yang membukanya,” kata Si Hitam
sambil menunjukkan ke arah kain batik lusuh yang terdampar di atas jalan.
Si
ibu terus melompat dan menarik kain itu dan sedaya upaya cuba menutup
bakul itu dengan kain. Dengan adanya tangkai bakul, bayi itu berjaya dilindungi
dari terik pancaran matahari.
“Hitam,
Putih. Kamu jaga bayi ini sebaiknya. Jika ada semut yang datang, jilat semut
itu supaya bayi ini tidak kesakitan,” arah si ibu.
Kedua-dua
anak kucing menggangguk memahami arah si ibu.
“Ibu
nak cari makanan untuknya,” kata si ibu sambil terus berlari meninggalkan dua
ekor anak nya bagi menjaga si bayi.
‘Apakah
makanan manusia? Dia masih bayi, tentu bukan makanan yang biasa di makan oleh
manusia. Jika tidak, pasti dengan mudah aku mencuri makanan di kedai makan di
seberang jalan,’ fikir ibu kucing.
‘Ya..
susu!’ tiba-tiba dia mendapat idea.
‘Tapi
susu siapa? Bagaimana aku nak beri padanya?” bermacam-macam persoalan bermain
di fikiran ibu kucing.
Tanpa
sedar dia terlanggar si ibu ayam.
“Mmmaaaf
ibu ayam. Aku tak terperasan kamu duduk di situ?” Si ibu kucing meminta maaf
atas kesalahannya.
“Kenapa
ibu kucing? Aku lihat kau seperti resah. Apa masalah kau?” Tanya si ibu ayam.
Ibu
kucing menarik nafas panjang.
“Aku
ingin menyelamatkan seorang bayi manusia yang ditinggalkan ibunya di tempat tinggalku.
Dia kelaparan. Aku fikir mahu memberinya susu. Kebetulan pula, aku masih ada
susu. Tetapi aku tak tahu bagaimana mahu menyusukannya. Dia terlalu besar
untukku,” keluh si ibu kucing.
“Wahai
ibu kucing. Di hujung kampung itu ada seekor lembu yang baru melahirkan anak.
Kau boleh minta padanya,” jawab si ibu ayam.
“Ye?
Terima kasih ibu ayam. Aku akan ke sana
sekarang juga,” jawab si ibu kucing sambil terus berlari ke arah yang
dimaksudkan.
Dia
mesti cepat supaya bayi itu tidak terus kelaparan. Matahari sudah makin tinggi.
Tiba
di satu sudut kampung manusia. Maka ternampaklah seekor lembu sedang duduk
berehat di bawah pokok mangga. Anaknya juga duduk bersebalahan dengannya.
Lantas
si ibu kucing terus berlari ke arahnya.
“Sejahtera
atas kamu wahai si ibu lembu,” tegur si ibu kucing.
“Sejahtera
atas kamu juga wahai si ibu kucing. Apa yang boleh aku tolong?” jawab si ibu
lembu.
“Aku
memerlukan susumu. Aku ingin memolong seorang bayi manusia yang ditinggalkan
ibunya di tempat tinggalku. Jika tidak, dia akan mati kelaparan,” terang si ibu
kucing.
“Ambillah
ibu kucing semahumu,” kata si ibu lembu sambil berdiri.
“Terima
kasih wahai ibu lembu. Moga Allah membalas jasamu,” si ibu kucing berterima
kasih.
Tetapi
seketika kemudian, dia termenung lagi.
“Mengapa
wahai ibu kucing? Apa masalahnya lagi? Aku sudah bersedia membantumu..” Tanya
si ibu lembu.
“Bagaimana
akau hendak membawamu ke sana
sedangkan kau tertambat di pokok itu,” kata si ibu kucing.
Si
ibu lembu juga baru terfikir. Bagaimana dia ingin menyusukan si bayi manusia
itu sedangkan dia tak mampu untuk pergi dari situ.
Kedaa-duanya
menjadi buntu. Si ibu kucing mula mengalirkan air mata.
“Maafkan
aku wahai bayi manusia. Aku hanya haiwan kecil yang tak mampu lakukan apa-apa
untuk menyelamatkanmu…” bisik si ibu kucing sambil menangis.
Dia
melombat duduk di atas pangkin yang sediada di tepi pokok mangga itu sambil
menangis. Si ibu lembu yang melihatnya juga mengalirkan air mata. Maka
kedua-duanya menangis teresak-esak di bawah pokok mangga itu.
“Wahai
kedua-dua haiwan. Kenapa kamu berbuat bising. Aku nak tidur pun tak senang!”
marah satu suara dari atas pokok.
Si
ibu kucing dan ibu lembu terdiam. Seekor monyet sedang bergayut di dahan pokok
mangga sambil mengenyeh-ngenyeh matanya tanda baru bangun tidur.
“Aku
tak mampu nak selamatkan si bayi manusia yang sedang kelaparan di tempat
tinggalku yang ditinggalkan ibunya. Dari jauh aku berlari hingga ke sini
mencari susu. Apabila sudah ketemu, aku tak tahu bagaimana hendak ku bawa susu
itu dan bagaimana hendak diberi susu tersebut,” terang si ibu kucing.
“Kalau
begitu, mengapa mengganggu tidur ku,” marah si monyet lagi.
“Tidakkah
kau kasihan melihat bayi itu mati kelaparan?” Tanya si ibu lembu.
“Bukan
anak aku. Apa aku peduli,” jawab si monyet.
Ibu
kucing hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“Jika
aku diberi tubuh seperti kau, aku akan berbakti untuk semua makhluk di muka
bumi ini. Mungkin hari ini, hari dia, mungkin esok hari kau. Siapa tahu..”
jawab si ibu kucing.
Si
monyet hanya termangu-mangu sahaja acuh tak acuh.
“Entahlah
.. manusia selalu mengganggu tempat tinggal aku…”jawab si monyet.
“Tapi,
kita cari makan atas kepandaian manusia juga. Atas ehsan manusia juga. Kalau
manusia tak tanam pokok buah-buahan, kau pun belum tentu dapat makan buah
mangga ni. Kau tak perlu bayar apa pun untuk makan buah dari pokok ini. Pokok
ini di tanam oleh manusia. Kau harus ingat, Allah menciptakan makhluk di muka
bumi ini saling memerlukan…” kata si ibu kucing lagi.
“Ah..malas
aku nak dengar. Selamat tinggal. Moga kau bertemu mahkluk yang sudi menolong..”
kata si monyet sambil terus berlalu.
Si
ibu lembu mengeluh panjang. Kedua-dua haiwan itu kembali menangis kerana putus
harap. Semakin lama semakin kuat.
Hari
kian menjengah petang.
“Aku
harus pulang wahai ibu lembu. Anak-anak ku juga harus aku beri makan,” kata si
ibu kucing.
“Bagaimana
dengan bayi manusia itu?” Tanya si ibu lembu.
“Entahlah..
Moga Allah akan membantunya. Aku dah buntu…” kata si ibu kucing sambil berjalan
perlahan-lahan.
Tiba-tiba…
“Nanti
wahai ibu kucing!!!” jerit satu suara.
Seekor
monyet sedang bergayutan datang ke arah ibu kucing dan ibu lembu.
“Maafkan
aku. Aku terdengar perbualan kamu dengan si monyert berdebah tadi. Maaf kan aku bagi pihaknya
kerana dia dari keturunanku..” kata si monyet betina sambil mengusung anak di
dadanya.
“Aku
ada bawa sesuatu yang boleh membantu kamu,” kata si ibu monyet.
“Apakah
itu?” Tanya si ibu kucing.
“Ini
botol susu. Aku curi dari rumah manusia di sana. Mereka gunakan ini sebagai ganti puting
susu bagi menyusukan anak mereka. Aku selalu perhatikan mereka..,” sambung si
ibu monyet.
“Biar
aku perah susu ibu lembu. Dan aku akan ikut kau pulang. Mungkin kita masih ada
masa untuk selamatkan bayi manusia itu,” kata si ibu monyet.
“Ya
Allah!! Kami bersyukur atas bantuan-Mu ya Allah!!” si ibu kucing terduduk
terharu.
Maka
ibu lembu berdiri, dan si ibu monyet memerah susu lembu ke dalam botol susu.
Apabila penuh, botol susu di tutup.
“Ayuh
ibu kucing. Kita ada nyawa yang perlu diselamatkan!” kata si ibu monyet penuh
semangat.
“Terima
kasih ibu lembu. Moga Allah sahaja membalas jasamu,” kata si ibu kucing sambil
terus berlari bersama-sama dengan si ibu monyet.
Mereka
tiba waktu sudah petang. Si bayi sudah tidak bergerak.
“Hitam,
Putih. Bagaimana keadaan bayi manusia ini?” Tanya si ibu kucing agak kaget.
“Kami
jaga dia sebaik mungkin tetapi keadaannya semakin lemah. Kami tak mampu berbuat
apa-apa,” jawab Si Putih.
Ibu
monyet datang menghampiri. Amat kasihan dia melihat keadaan si bayi. Dia mula
menyalahkan dirinya kerana bertindak lewat. Air matanya mengalir. Wajah si
kecil diusapnya perlahan. Kulit bayi yang putih bersih itu kemerah-merahan
akibat kepanasan.
“Maafkan
kami wahai bayi manusia. Kami tak berjaya selamatkan kamu…” kata si ibu monyet.
Semua
yang ada bagai berkabung atas apa yang berlaku pada bayi itu. Semua hanya duduk
mengadap bayi yang tidak berdosa itu. Botol susu yang penuh berisi susu di
letakkan di sisi bayi yang sudah tidak bergerak itu.
Si
ibu monyet menyentuh pipi si bayi, tiba-tiba si bayi bergerak amat lemah.
“Dia
masih hidupp!!!! Dia masih hidup!!!”
jerit si ibu monyet mengejutkan si ibu kucing dengan anak-anaknya.
“Wahai
bayi manusia. Aku bawakan makanan untukmu. Minumlah susu ini..” bisik si ibu
monyet sambil menyuakan botol susu ke mulut bayi yang sudah hampir kering itu.
Dengan
perlahan bayi itu menghisap susu yang diberikan sedikit demi sedikit. Si ibu
monyet menjaga bayi tersebut sebaiknya. Dia membina sebuah pondok dari
kotak-kotak dan kayu-kayu yang terdapat disekitar.
“Wahai
ibu kucing. Kita tak boleh biarkan bayi ini begini. Kita kena cari jalan supaya
bayi manusia ini sampai ke tangan manusia,” kata si ibu monyet.
“Mengapa
kita tak bolah bela dia. Ibunya sendiri pun tinggalkannya. Apalah salahnya kita
membelanya,” jawab si ibu kucing.
“Tak
boleh ibu kucing. Kita tak tahu tabiat manusia. Cara manusia membesarkan anak
tak sama dengan kita. Aku yakin, kita tak mampu memberi nyawa yang panjang
padanya,” sambung ibu monyet.
“Tapi
bagaimana? Aku rasa kau tak mampu nak bawa dia ke kampung sebelah sana,” Tanya si ibu
kucing.
“Marilah
kita sama-sama fikirkan,” kata ibu monyet.
Gerum!!!!!
Guruh
tiba-tiba berbunyi. Langit menjadi gelap tiba-tiba.
“Masalah
baru ibu monyet. Hujan nak turun. Kita mesti lindungi bayi ini sambil-sambil
kita fikirkan bagaimana hendak menyerahkannya pada manusia,” kata si ibu
kucing.
Maka
kedua-dua ibu haiwan bersiap sedia menunggu turunnya hujan. Pun begitu si ibu
kucing juga terpaksa menguruskan anak-anaknya supaya tidak basah ditimpa hujan.
Dan
hujan pun turun dengan lebatnya. Si ibu monyet duduk bersama-sama dengan bayi malang di dalam pondok
yang dibinanya. Namun kesejukan mula melanda hingga menggigit tulang hitam. Si
ibu monyet hanya memerhatikan si bayi yang sedang lena. Kekenyangan. Botol susu
yang masih bersisa terdampar disisi bayi tersebut. Sesekali si bayi bergerak.
Si ibu monyet menyentuh pipi si bayi dengan penuh kasih sayang dan kemudiannya
dia menyentuh pipi bayinya yang setia melekap di dadanya. Terasa seperti ada
kesamaan. Di pegangnya jemari kecil mungil itu dan diletakkan ke dada bayi itu.
Jelas terasa degupan jantungnya. Si ibu monyet tersenyum. Dia sendiri merasa
degupan jantung anaknya yang melekap di dadanya. Masih tetap sama degupan itu.
‘Tetapi..
kenapa manusia boleh dengan sewenang-wenangnya meninggalkan bayinya sendirian,
kelaparan, kepanasan dan kini kesejukan? Tidakkah merasa kasihan melihat bayi
yang tidak berdosa ini menanggung segala rasa siksa? Kalaulah aku yang
melahirkannya, pasti akan aku tatang seperti minyak yang penuh…’ bisik hati si
ibu monyet.
“Ya
Allah. Kau temukanlah bayi ini dengan manusia yang bertanggungjawab. Agar
sempurna hidupnya. Kami sebagai mahkluk-Mu yang kerdil tidak mampu untuk
membesarkannya..” Si ibu monyet berdoa.
Hujan
semakin lebat dan kesejukan kini semakin melampau. Si bayi mula merengek
perlahan dan akhirnya menangis dengan kuat.
“Tidurlah
wahai bayi manusia, tidurlah…” pujuk si ibu kucing yang sedari tadi hanya duduk
di sisi bakul.
“Aku
kesejukan wahai ibu-ibu ku…” jawab si bayi sambil menangis.
Lantas
si ibu monyet medekatkan tubuhnya ke tubuh si bayi dengan harapan ia mampu
untuk memanaskan si bayi. Si ibu kucing juga mendekatkan diri dengan si bayi
supaya kehangatan tubuh masing-masing dapat membantu.
“Terima
kasih wahai ibu-ibu ku.. “ jawab si bayi.
“Kami
bukan ibumu wahai bayi manusia. Kami akan berusaha untuk mencari ibumu,” jawab
si ibu monyet.
“Tetapi
sifat keibuan kamu sama seperti ibuku. Tidak bolehkan kamu berdua menjadi
ibuku? Aku amat-amat memerlukan perlindungan dan kasih saying kamu berdua.
Bolehkah?” Tanya si bayi.
Si
ibu monyet dan si ibu kucing berpandangan sesama sendiri. Sayu mendengar
permintaan si bayi. Mereka sudah rasa kesusahan menjaga bayi ini sehingga
wujudnya rasa kasih dan sayang yang teramat sangat terhadap bayi ini. Malah
dirasakan seperti anak sendiri. Tetapi mampukah?
“Tidurlah
wahai bayi.. tidurlah..” pujuk si ibu monyet sambil membelai si bayi.
Si
bayi terus tertidur dengan selesa di bawah badan si ibu monyet dan di sisi si
ibu kucing.
“Aku
sayang bayi ini wahai monyet,” kata si ibu kucing.
“Aku
yang menemuinya dan bersusah payah untuknya. Aku tak sanggup melihat dia
diserahkan pada manusia. Entah nasibnya akan terbela atau tidak…” si ibu kucing
resah.
“Aku
pun mula sayangkan bayi ini, tapi kita terpaksa melepaskannya sebab kita tak
mampu untuk menjaganya. Dia bukan dari keluarga kita. Walaupun aku
dianugerahkan berbentuk hampir serupa dengannya, hakikatnya kami tetap tak
serupa.. redhalah wahai ibu kucing. Kita terpaksa..” jawab si ibu monyet
perlahan.
Si
ibu kucing memehati si bayi penuh sayu. Ingin sahaja dia berdoa kepada Allah
minta supaya dia dijadikan manusia agar dia dapat membesarkan bayi ini. Dia
akan menjaganya penuh kasih dan sayang. Setitis air matanya mengalir di pipi.
“Sabarlah
wahai ibu kucing.. sabarlah…” si ibu monyet memujuk.
Akhirnya
mereka terlelap di samping si bayi.
“Gong!!
Gong!! Gong!!”
Keheningan
pagi yang tenang itu diganggu dengan bunyi gonggongan anjing liar. Ibu kucing,
ibu monyet serta anak-anak mereka terkejut mendengarnya.
“Lari!!!
Selamatkan diri!! Si anjing gila tu dah datang!!” jerit si ibu kucing tiba-tiba
apabila melihat kehadiran seekor anjing hitam yang besar.
Bertempiaranlah
si anak kucing, ibu monyet dan anaknya lari menyelamatkan diri. Terlupa mereka
akan si bayi malang
itu masih berada di di dalam bakul.
“Hahaha!!
Aku lapar!! Jaga kalian semua!! Jika tertangkap..maka kamulah habuan ku pagi
ini..!!!” jerkah si anjing hitam dengan bongkaknya.
Si
bayi yang terkejut lantas menangis dengan kuat.
Si
anjing hitam terdiam. Dia tersenyum. Habuannya kini ada di depan mata. Maka
hari itu dia tak akan kelaparan.
“Ya
Allah!! Bayi ku!!!” jerit si ibu kucing kerana baru dia teringatkan si bayi
yang ditinggalkannya.
Lantas
dia berlari turun dari atas kotak kayu. Dan berhenti di hadapan si anjing
hitam.
“Ibu!!1
Jangan!!” jerit si anak-anak kucing.
“Kalau
ibu mati, kamu belajarlah hidup sendiri!!” jerit si ibu kucing.
“Hahahaha!
Kau yang kecil nak haling aku?” tawa si anjing hitam.
Si
ibu kucing tak menjawab. Kukunya sudah dihunus. Dia bersedia mempertahankan si
bayi jika diserang.
Si
ibu monyet juga turun dari dahan pokok berhampiran. Dia menghampiri bakul yang
berisi si bayi. Dia cuba
mencapainya tetapi kudratnya tak mampu untuk membawa pergi si bayi. Bakul itu
terlalu berat untuknya.
“Wahai
anjing yang budiman! Kasihanilah kami. Kami hanya ingin menyelamatkan bayi
manusia ini!” kata Si Putih anak kucing.
Si
anjing hitam hanya menderam sambil menjilat bibir. Si anak kucing menyorok di
balik tong kayu berhampiran.
“Kami
tahu kamu bukan anjing jahat. Kami tahu kamu cuma mencari makan. Sama macam
kami,” sambung Si Hitam anak kucing.
“Ah!!
Mana kau tahu!!” jerkah si anjing hitam.
“Kami
pernah nampak kamu selamatkan anak kucing yang datuh ke dalam parit besar sana tu semasa hujan lebat
tak lama dahulu..” sambung Si Hitam lagi.
Si
ibu kucing dan ibu monyet tidak berkata apa-apa. Mereka membiarkan si anak-anak
kucing berbicara dengan si anjing.
“Kalau
kita sepakat, kita boleh cari makan sama-sama..” sambung si ibu kucing pula
setelah lama berdiam diri.
“Ye
anjing. Tak berbaloi kau makan bayi ini. Banyak lagi makanan lain yang boleh
kita makan di sini. Kalau kita tolong dia, Allah akan balas kebaikan kita..”
sambung si ibu monyet pula.
“Sekarang
kita tolong dia, mungkin suatu hari nanti, manusia pula akan tolong anak cucu
kita..” sambung si ibu monyet.
Si
anjing hitam hanya berdiam diri. Dia memang lapar pagi itu. Malam tadi dia
langsung tak dapat mencari makan kerana hujan lebat.
“Tapi…
aku lapar…” kata si anjing perlahan.
“Kami
akan carikan makanan yang sesuai untuk kamu…” kata si ibu kucing.
“Ye..
kami akan carikan makanan untuk kamu. Dengan syarat kamu jangan makan bayi
ini…” pinta si ibu monyet menyokong.
Si
anjing menelan liur. Memang dia bukan anjing yang ganas. Dia pernah dipelihara
oleh manusia. Dia pernah disayang dan dikasihi oleh manusia. Tetapi selepas
penjaganya meninggal dunia, tak ada waris penjaganya yang sanggup membelanya.
Semenjak itu dia menjadi anjing jalanan. Dia terpaksa berlagak ganas untuk
mencari makan dan supaya dia tidak diganggu oleh anjing-anjing liar yang lain.
Dia selesa di kawasan itu kerana manusia sering membuang sampah di situ.
Walaupun sering dibersihkan tetapi tabiat manusia yang suka membuang sampah
merata-rata sebenarnya memberi rezeki padanya dan juga ahli-ahli jalanan yang
lain. Malah kadang-kadang ada juga segelintir manusia yang sama-sama mencari
makan di dalam longgokan sampah di situ.
“Kami
berjanji wahai anjing. Tetapi tolonglah kami selamatkan bayi ini…” rayu si ibu
kucing sambil memandang ke arah si bayi yang sedang menangis.
Si
ibu monyet kembali kepada si bayi. Dia memujuk si bayi supaya tidak menangis.
“Tapi
bagaimana aku harus menolong?” Tanya si anjing tiba-tiba.
Semua
di hadapan si anjing tersenyum. Ada
bunga-bunga harapan untuk bayi ini terus hidup.
“Kamu
kan kuat.
Kamu boleh bawa bakul ini ke tepi jalan supaya ada manusia yang akan bertemu
dengannya,” kata Si Hitam anak kucing.
Si
anjing berfikir sejenak.
“Baik.
Aku akan cuba heret bakul
ini ke tepi jalan sana.
Biasanya banyak manusia yang lalu lalang di sana,” jawab si anjing lalu berusaha
mengheret bakul berisi bayi itu sekuat tenaga yang ada.
“Wahai
makhluk Allah. Ke mana kamu hendak membawa aku?” Tanya si bayi agak cemas.
“Kami
akan bawa kamu ke tempat selamat wahai bayi manusia,” jawab si ibu kucing.
“
Tidak!! Aku lebih selamat dengan kamu semua, jangan biarkan aku mati diluar sana!” jerit si bayi.
Si
anjing berhenti mengheret apabila si bayi mula menangis. Dia menghela nafas
panjang. Penat rasanya menarik beban dalam keadaan lapar.
“Wahai
bayi manusia, kami tak mampu menjaga kamu sebaiknya. Biarlah makhluk sebangsa kamu
yang menjaga kamu,” sambung si ibu kucing.
“Tidak!!!
Jangan tinggalkan aku!!” tangis si bayi lagi.
Semua
yang ada di situ berasa sungguh sayu melihat si bayi menangis sehingga merah
padam mukanya. Si ibu kucing, ibu monyet bersama anak-anak mereka teramat sedih
kerana perlu berpisah dengan si bayi. Walaupun usia jagaan mereka hanyalah
semalaman, tetapi rasa kasih dan kasihan teramat menebal. Namun apa kan daya, mereka tak
terdaya untuk memikul beban yang besar ini.
“Maafkan
kami wahai bayi manusia..” bisik ibu monyet sambil menitiskan air mata.
Si
anjing hanya memerhati drama yang berlangsung di depan mata. Walaupun dia tidak
tahu apa yang terjadi antara bayi tersebut dengan mahkluk-makhluk lain di
sekeliling namun dia juga berasa amat kasihan dan sedih.
Tiba-tiba
terdengar suara orang bercakap di hujung jalan sana.
“Cepat!!
Ada manusia
datang. Kita kena bawa bayi ini ke tepi jalan supaya boleh ditemui oleh manusia
tersebut!” kata si anjing kepada semua makhluk yang ada.
“Tidak!!”
jerit si bayi.
“Maafkan
kami wahai anakku..” bisik si ibu monyet sambil menarik bakul bayi yang sedang
menangis bersama-sama si anjing.
Si
ibu kucing bersama anak-anaknya cuba
menolak bakul tersebut. Malangnya bakul itu hanya sedikit sahaja berganjak.
“Biar
aku salak pada mereka,” kata si anjing sambil terus berlari ke arah manusia
yang sedang berjalan.
Gong!!
Gong!! Gong!!
Si
anjing menyalak beria-ia untuk menarik perhatian manusia tersebut, tetapi ia
hanya menakutkan manusia tersebut.
“Huh!
Anjing ni.. kau ambil batu tu. Biar aku rejam dia…! Menyalak orang tak
pasal-pasal,” arah manusia berbaju biru kepada manusia yang memakai baju merah.
Manusia
si baju merah cepat-cepat mencapai batu lalu cuba membaling kepada si anjing
yang sedang menyalak. Belum pun sempat batu di baling, si anjing cepat-cepat
berlari ke arah bakul yan berisi bayi
yang sedang menangis.
“Eh..nanti!”
halang si baju biru.
“Aku
dengar budak menangis!” sambungnya lagi.
“Yelah!!
Mungkin kat anjing tu. Mari ! Mungkin kita boleh selamatkan dia sebelum dimakan
oleh anjing tu tadi!” jerit si baju merah.
Mereka
berlari-lari ke arah bakul di mana si anjing telah pun berada di sana bersama si ibu
kucing dan si ibu monyet.
“Kau
tengok! Banyak binatang kat sana.
Mungkin mereka pun nak makan bayi itu!” serkap si baju biru pula.
“Syoh!!
Syoh!! Syoh!!” jerit kedua-dua manusia menghalau semua haiwan yang ada
disekeliling bayi yang sedang menangis.
Maka
bertempiaranlah semua haiwan yang menemani si bayi sejak semalam.
“Ya
Allah!! Ada
orang buang bayi…” kata si baju biru.
“Kita
kena telefon polis. Jangan usik dulu. Takut nanti ada kesan jenayah yang kita
tak tahu,” kata si baju merah.
Maka
mereka pun menelefon pihak berkuasa sambil melindungi si bayi dari terik
mentari. Tak lama selepas itu, kawasan lorong rumah kedai tinggal itu sudah
dipenuhi manusia dengan pelbagai rupa. Polis, ambulans dan wartawan sibuk
membuat liputan dan rawatan kecemasan terhadap bayi yang baru ditemui tadi. Si
bayi sudah selamat berada di dalam dakapan manusia. Walaupun dia masih menangis
namun tangisannya tidak sehebat tadi. Mungkin dia sudah rasa selamat.
Semua
yang berlaku hanya diperhatikan oleh si ibu kucing dan anak-anaknya, si ibu
monyet dan anaknya dan si anjing dari jauh sahaja. Semua berasa lega kerana si
bayi sudah dapat diselamatkan. Si anjing walaupun masih lapar, namun dia tetap
berpuas hati kerana berjaya berkhidmat untuk manusia buat kesekian kalinya.
Mereka tersenyum puas.
“Wahai
anjing, nanti kami usahakan mencari makanan untuk kau seperti mana yang kami
janjikan,” kata si ibu kucing tiba-tiba.
“Tak
payahlah. Aku kenyang bila dapat berkhidmat lagi untuk manusia..” jawab si
anjing.
“Rezeki
ada di mana-mana. Kau lihat sana
tu. Semua manusia yang berkumpul, ada yang sedang makan dan minum. Kau lihat di
bawah pokok sana
tu, sisa makanan di buang sesuka hati. Ini semua rezeki kita. Kita hanya perlu
sabar menunggu sehingga mereka pulang.” Sambung si anjing.
Semua
yang ada mengangguk setuju. Mereka bersyukur. Kahadiran bayi itu memberi rezeki
pada mereka yang bergelandangan. Hanya yang perlu adalah SABAR.
Beberapa
hari telah berlalu.
“Hitam!
Putih! Jangan bermain jauh-jauh..!!” jerit si ibu kucing yang sedang
memerhatikan gelagat anak-anaknya yang leka bermain di longgokkan sampah yang
baru dibuang oleh manusia.
Si
anjing hitam hanya tersenyum.
“Jangan
risau ibu kucing. Aku ada di sini menjaga anak-anak kamu!” sampuk si anjing.
Si
ibu kucing tersenyum. Tak sangka kehadiran si bayi malang itu mengeratkan silaturrahim antara
dia dengan si anjing yang sejak dahulu kala menjadi musuh tradisi.
Pagi
itu angin bertiup agak kencang sehingga kertas-kertas surat
khabar berterbangan di sana
sini. Dan sekeping helaian surat
khabar terbang dan melekat di atas kotak kayu di kaki ibu kucing.
‘Bayi malang
ditemui hampir dibaham anjing.
Kuala
Lumpur – 20
Disember : Seorang bayi lelaki di temui oleh dua orang awam di sebuah lorong
rumah kedai tinggal di sini petang semalam. Bayi yang cukup sifat ini ditemui
hampir dibaham oleh seekor anjing………’
Inilah
KEHIDUPAN…………..