Monday, February 18, 2013

Topik lain Skit - Tempat Menarik di Sarawak

JONG'S CROCODILE FARM

Kalau di Melaka ada Taman Buaya di Sarawak pula ada Jong's Crocodile Farm atau dalam bahasa Melayunya  Ladang Buaya Jong. tempat ini adalah ladang buaya di mana buaya pelbagai jenis di bela untuk menghasilkan daging dan kulit umtuk industri aksesori manusia. Dan tempat ini pula di buka untuk orang ramai sebagai salah satu tempat menarik untuk dilawati. Lokasinya terletak kira-kira 29km (18 ½ Batu) dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa 20 minit dengan menaiki kereta. 

mauk kena bayar ye. Harga tiket masuk adalah RM16.00 seorang (dewasa) dan RM8.00 seorang (kanak-kanak). Bagi penduduk tempatan (Sarawak) pula atau pemilik kad pengenalan -13-, pemilik ladang mengenakan bayaran RM10.00 seorang (dewasa) dan RM5.00 seorang (kanak-kanak). Tag tangan akan dipakaikan sebagai pengenalan pengunjung dan sebagai bukti pengunjung telah membayar tiket masuk.


Di dalam ladang ini akan diberi pertunjukanmemberi makan buaya-buaya peliharaan mereka.


Dan di dalam ladang ini juga dipamerkan Tengkoran Bujang Senang iaitu lagenda Buaya terbesar Sarawak. Saya tak tahulah betul atau tidak, sebab menurut suami saya yang merupakan anak jati Sarawak, penduduk di Sri Aman masih percaya Bujang Senang masih bersembunyi di Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Wallahu aklam...


Di dalam ladang ini juga ada mini zoo di mana beberapa haiwan perlindungan di bela di disini seperti beruang matahari, burung merak dan banyak lagi.

Sebenarnya, saya masih belum pergi lagi, tapi ini merupakan list tempat yang akan saya lawati Jun 2013 nanti. Insya-Allah..




No comments:

Post a Comment