MUZIUM-MUZIUM
Muzium Cina
Muzium Sejarah Cina terletak di Waterfront berhadapan Kuil Tua Pek Kong. Disini terdapat jejak sejarah masyarakat Cina di Sarawak. Antara catatan sejarah yang dipamerkan adalah seperti laluan-laluan perniagaan awal, penghijrahan awal dari pelbagai rantau China, taburan geografi, peneroka-peneroka awal, aktiviti-aktiviti perdagangan tradisional, pembentukan industry perdagangan dan persatuan-persatuan komuniti, sejarah politik dan penglibatan masayarakat Cina di dalam era moden berbilang kaum negeri Sarawak.
MUZIUM TEXTILE
Muzium Tekstil. Terletak di dalam bangunan Pavilion berhadapan Pejabat Pos Utama di Jalan Tun Haji Abang Openg, mempamerkan keindahan sejarah tekstil tradisional Sarawak, terutamanya pua kumbu kaum Iban dan kain Songket Melayu.
TUN JUGAH TEXTILE MUSEUM & GALLERY
Peminat-peminat seni tekstil boleh melihat dengan sendiri proses pembuatan tekstil di Muzium Tun Jugah, Tingkat 4, Menara Tun Jugah. Diuruskan sendiri oleh Tun Jugah Foundation, muzium ini mempunyai koleksi-koleksi terbaik tekstil pua kumbu moden dan tradisional kaum Iban serta koleksi barangan perak dan barangan kemas kaum Iban. Anda boleh menyaksikan sendiri penenun bekerja ataupun mempelajari cara menenunnya sendiri (sekiranya anda mempunyai masa terluang selama setahun atau dua tahun).Pengunjung amatlah dialu-alukan namun sekiranya datang didalam kumpulan yang besar, sila buat temu janji terlebih dahulu.
MUZIUM NEGERI SARAWAK
Muzium ini juga letaknya di tengah-tengah bandar Kuching. Tak jauh dari Waterfront. Muzium ini ditugaskan menajaga khazanah bernilai rakyat Sarwak serta ketamadunan suku-suku kaum di Sarawak. Ada guja bahan-bahan pemeran di sini adalah original dan ada juga yang replika. Jadi kena berhati-hati kerana mungkin tengkorak manusia yang dipamerkan adalah original dan bukannya replika. Memang menarik dan adakalanya rasa seram, maklumlah ada banyak benda yang melibatkan orang mati di dalamnya....
MUZIUM KUCING
Muzium ni letaknya jauh sikit dari bandar Kuching. Ia terletak di bahagain Utara Kuching menuju ka Santubong. Letaknya di dalam Bangunan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara). Masuk sini percuma tapi kalau bawa kamera atau hp berkamera kena bayar ye RM4 kalau tak salah. Muzium ni mempamerkan pelbagai jenis replika dan kehidupan kucing-kucing di seluruh dunia. Agak manrik juga. Banyak pengetahuan boleh kita dapat di dalamnya. Tentang kucing yang dianggap suci oleh Firaun, kucing yang membawa sial olah orang Melayu dan juga tentang kucing pelik yang pernah di temui di dunia ini.
Pendek kata... tak pergi RUGI. Masuk semua free tapi penggunaan kamera amatlah terhad di dalamnya kerana kebanyakannya tak dibenarkan mengambil gambar di dalam Muzium.
No comments:
Post a Comment