Thursday, September 26, 2013

Tempat Menarik Di Kuching - Air Terjun Rayu, Matang

Air Terjun Rayu

Nak sangat mandi sungai atau air terjuan kami telah ke Air Terjun Rayu. Sebenarnya lebih kepada jeram di pergunungan Gunung Serapi. Tempat ni adalah milik persendirian dan bersebelahan dengan sebuah ruma panjang Iban. Ia terletak berhampiran Matang Wildlife Centre. Sungai berjeram tu melalui Matang Wildlife Centre.

Caj masuk seorang RM1. Nak sewa pelampung pun ada. Airnya berwarna hitam kerana air hutan dan sejuk. Memang nyaman gile lah.

Kalau pencinta alam semulajadi, tempat ni memang cantik. Walaupun kemudahan yang disediakan teramat-amatlah kurang.. tapi pada saya tetap meanrik. Di kelilingi hutan hutan tropika. Malah semasa mandi manda pun, boleh bermain-main dengan anak-anak ikan disekeliling.

Bagi kedalaman air pula, ada kawasan yang dalam dan ada juga yang cetek. Ada kawasan yang boleh kita dirikan khemah dan untuk BBQ.

Semasa saya dan keluarga pergi, waktu memang tak beberapa sesuai sebab waktu tu musim kemarau.. jadi banyaklah kawasan yang kering daripada berair. Bayangkanlah tempat yg dalam semasa musim kemarau ni, agak2nyalah, pada waktu biasa2 ni.. berapalah kedalamannya.

Ini adalah sebahagian gambar2 yang saya ambil bersama keluarga saya di Sarawak.










Monday, September 23, 2013

Cerita menarik Di Sarawak

CERITA MENARIK DI SARAWAK

Lama juga saya nak up-date cerita kat sini. Maklumlah, sibuk dengan kerja, sibuk nak meyiapkan novel berikutnya. Tapi selagi saya tak ceriat, selagi itulah hati ni meronta-ronta minta di up-date.

Kali ni saya nak cerita tempat-tempat shopping di Kuching Sarawak sebelum saya start cerita perjalanan saya ke Sri Aman dan kampung mertua saya di Meludam, Betong.

Topic ni rasanya lagi ramai org suka baca kot. Sebelum ni saya pernah poskan Pekan Sarikin di sempadan Sarawak/Indonesia. Barang-barangnya lebih kepada barang-barang Indonesialah yang kat Semenanjung ni pun banyak, cuma hargalah boleh tawar kaw-kaw (kalau pandai)

Saya pernah cerita pasal PASAR SATOK di Bandar Kuching. Untuk pengetahuan semua, PASAR SATOK kini dah tak wujud lagi. Yang wujud adalah MEDAN NIAGA SATOK.

Medan Niaga Satok

Bermula 1/1/2013 Pasar Satok secara rasminya telah ditutup dan telah di pindahkan ke tebing Sg. Sarawak di Bandaraya Kuching di dalam sebuah bangunan di namakan MEDAN NIAGA SATOK dan KUBAH RIA. Kalau dulu Pasar Satok lebih macam pasar malam Mega, tapi kini dah macam pasar tani tepi shopping complex aje. Pada saya dah kurang menarik berbanding dulu. Barangan yang dijual pun dah banyak sangat berkurangan dan harganya pun dah mahal. Mungkin kerana faktor sewa tapak yang mahal. Dah tak dapat lagi nak beli kain batik Sarawak murah-murah, cenderahati yang murah-murah dan T-shirt yang cantik2 dan murah2 juga. Semua harganya dah setanding dengan harga di bazar tepi water front Kuching.

Pun begitu, untuk beli barang basah masih murah dan banyak pilihan. Di sini saya poskan gambar-gambar di Medan Niaga Satok.

WAKTU URUSNIAGA : SABTU DAN AHAD SAHAJA


Ini suasana di sebelah luar Medan Niaga Satok yang berbentuk pasar tani.


kalau dulu banyak peniaga Ikan Terubuk Masin di dalam Pasar Satok, hari ini tinggal 5 gerai aje.



BAZAAR WATER FRONT & BAAZAR JALAN GAMBIER

Bazzar ni letaknya depan Water Front Kuching & Di jalan Gambir yang letaknya dl\alam 15 minit jalan kaki dari Water Front Kuching. Ada baaanyaaak kedai2 yang menjual cendera mata, T-shirt dan kain batik Sarawak dan macam-macam lagi termasuk la kek lapis Sarawak dan Gambir Sarawak hehehe.

Kat kedua-dua tempat ni, kita boleh tawar menawar harga. Macam-macam benda kita boleh dapat kat sini contoh :-

1. T-shirt Sarawak,
2. Barangan kraf manik seperti key-chain, rantai dan sebagainya.
3. Kain batik Sarawak
4. Barangan cenderamata seperti pen buluh, key-chain kayu, kerongsang, beg pua kumbu dan sebagainya.
5. Barangan tradisi seperti tikar kulit katu, tikar bemban, ukiran2 hiasan, sumpit dan terabai (perisai orang ulu/iban)
6. Kek-kek lapis sarwak dari pelbagai pengeluar
7. Gambir Sarawak ..macam2 gunanya tau.. bukan satu guna je... hehehe
8. Parang ilang (Parang Iban)


Suasana di sekitar Bazaar Water front


Kedai jual T-shirt di Bazaar Jalan Gambier


Antara barangan manik di Bazaar Water Front


Inilah rupa gambir Sarawak yang di jual 
Kegunaannya bukan utk seks sahaja ye, utk kecemasan cam sakit gigi, kena gigtan serangga bisa boleh sapu dgn air dia. Dia ibarat bius... kebas.


Ini adalah terabai atau perisai dolu2 org Ulu/Iban. Dah di jadikan sebagai barangan kraf.


Ini tikar anyaman bemban


Ini tikar kayu.


Ini pula tikar kulit kayu

Maaf la kan. Harganya saya tak tau sebab tak beli. Tapi tak lah semahal mana. Mungkin dalam RM 100 ke bawah sahaja utk sebidang tikar.


Ini rupa bentuk 'Parang Ilang' atau parang Iban. Ia sangant cantik kerana ukiran sarung dan kedangkala ukiran di mata parang. Harganya dlm lingkungan RM 300 - RM 600 sebilah ikut saiz. Tapi kalaulah dapat yang original tradisi, nilainya mungkin mencecah ribuan ringgit. Yang pernah 'makan darah' lagilah mahal. Silap-silap ada rambut mangsa lagi diikat di sarungnya... huhuhu.

Di sini Kek lapis Sarawak pun ada. Yang jual-jual di tepi-tepi jalan pun banyak. Tapi saya suggestkan sesiapa yang nak pergilah ke ....

KEK LAPIS DAYANG SALHAH

Dalam pos yang sebelum ni pun saya dah pernah cerita. So saya tokok tambah sikit je lah ye. Sekarang dia dah buka cawangan di bazaar Water Front. So.. tak payahlah bersusah payah menyeberangi Sg. Sarawak ke Kg. Gersik. Tapi kalau tak try naik penambang rugilah pulak kan? 



Ini gambar dari depan kedai kek Lapis Dayang Salhah di Kg. Gersik.
Cam rumah aje.. kena bukak kasut ye..




Ini gambar TESTER yg disediakan utk setiap jenis kek yang terjual.
Dah rasa, bleh explore cari kat mana kek tu & berapa harganya. Boleh makan smapai kenyang (kalau tak tau malu le kan...hehehe)


Suasana di dalam kedai. Sekali tengok cam rumah terbuka hari raya plak. Tapi kalau cam hari raya maknanya setiap hari la Hari Raya kat sana....

Tengoklah... berapa banyak punya kek da.....

Kenapa saya suggest Kedai kek Lapis Dayang Salhah? 1 sebab dia langsung tak pernah guna butter Golden Chern yg dikatakan ada DNA lemak b**i... Hehehe tapi bukan kerana itu. Saya dah rasa pelbagai jenis kek lapis Sarawak keluaran pelbagai jenis syarikat. Sejujurnya saya kata, rasanya sama je cam kek-kek yang kita buat di Semenanjung... TAPI bila pertama kali saya surf internet dan jumpa kedai ni, saya cari.. dan hasilnya memang berbaloi. Harga yang di jual pun sama je cam kat luar tu RM 10 - RM 20 sebiji utk yg kecik. RM60 - RM 120 utk yg besar ikut jenis kek. 



Ini adalah gamar Kek Lapis Sisik Ikan, kek yang paling sedap sekali kat Kek lapis Dayang Salhah (Ikit tekak saya le kan..hihihi). Ini memang favorite saya. Kalau balik Sarawak, tak beli memang tak sah!

Ada banyak lagi jenis kek lapis yang sedap, cam cadbury, cheese... yg saya dah try rasa.. memang sedap...

So.. kalau berkunjung ke Sarawak... jangan lupa beli ole2 ni utk orang Semenanjung ye. Nak bawa balik pun senang, dia bleh packing cam briefcase utk naik flight.













Tuesday, August 27, 2013

PONTIANAK oh PONTIANAK....

Pontianak oh Pontianak

Cerita ini diceritakan oleh kawan kepada datuk aku dan datuk aku ceritakan pada aku. Cerita ini berlaku pada sekitar tahun 60-an di mana pada zaman itu hantu-hantuan ini memang sentiasa berkeliaran di sana sini. Macam-macam jenis hantu. Ada hantu panjang, hantu pendek, hantu botak malah hantu tak botak.

Cerita kali ini adalah pengalaman Pak Man, seorang penoreh getah berkaliber di Kampung Bukit Serampang. Pak Man adalah seorang duda anak 5 dimana kesemua anak-anaknya telah besar panjang dan telah berkeluarga. Maka tinggallah Pak Man seorang diri dirumahnya. Cuma anak sulungnya yang tinggal berhampiran sering menjenguknya.

Isteri Pak Man telah lama meninggal dunia, sejak itu Pak Man tidak pernah terfikir untuk beristeri lagi. Baginya cukuplah dia beristeri satu sahaja lantaran kerana takut perempuan sekarang banyak yang mata duitan, materialistic dan plastik!. Dia takut kasih sayang isteri baru tidak ikhlas memandangkan dia bukan lagi muda dan segagah dulu. Dah macam-macam yang dia dengar pengalaman kawan-kawannya yang beristeri muda, sama ada masih beristeri tua atau isteri tua dah meninggal dunia. Dia takut jadi begitu walaupun hati tuanya itu kadang-kadang rasa macam belum tua lagi.

Suatu petang yang hening, Pak Man seperti biasa bersidang di kedai kopi dengan kawan-kawan seangkatan dengannya. Sejak isterinya menjadi arwah, di situlah tempat dia bersantai. Macam-macam persidangan dibentangkan dari dalam negeri sampailah ke luar negeri. Dari luar tanah sampailah ke dalam tanah. Dan cerita dari dalam tanah inilah yang sering menjadi topik utama. Cerita pasal pontianak yang sering mengganggu penduduk kampung. Yelah, kampung ni bukannya dekat dengan bandar, Nun .. kat hutan banat!! Dahlah jauh pedalaman, tinggal pulak berkongsi dengan makhluk lain. Maka macam-macam ceritalah yang timbul.

Cerita pontianak ni cerita lama, tetapi masih menjadi buah mulut orang kerana dialah satu-satunya hantu yang setiap hari mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Setiap malam dia akan mengilai malah menangis, datangnya dari arah tanah perkuburan di hujung kampung. Kalau ada orang berjalan malam, nasiblah … pasti dia minta ditumpangkan, atau memikat . Kemudian dia terbang atau hilang menyebabkan penduduk kampung jadi takut. Maka dah jadi kebiasaan, sekiranya terdapat orang luar yang kerosakan kenderaan di tengah jalan masuk ke kampung, nescaya tiada siapa yang akan peduli, apatah lagi nak menumpangkan ke bengkel.  Dah pelbagai cara digunakan untuk menghalaunya dari kampung. Dari bomoh ke pawang. Dah bermacam-macam orang telah mencuba, namun hasilnya …. kosong. Hantu ni betul-betul liat nak pergi.

“Kata orang, kalau kita paku tengkuk dia. Dia akan bertukar jadi manusia. Lepas tu kita boleh kahwin dengan dia.” Kata Seman Senget petang itu.

“Yelah Seman, lepas tu pasti aman kampung kita ni kan?” jawab Ali Muda.

“Hah apa lagi Man. Kau pun dah lama membujang, kalau tak percayakan perempuan, hantu ni rasanya lebih baik dari perempuan sekarang…” seloroh Seman Senget sambil tersenget-senget kepalanya menahan tawa.

Pak Man hanya tersengeh sahaja. Namun di dalam hatinya terdetik juga.

‘Betul jugak kata Seman. Kenapa aku tak cuba.’

Benda ni bukan cerita baru. Dari zaman datuk neneknya lagi dia dah mendengar cerita orang bekahwin dengan pontianak ni. Dan hatinya tiba-tiba bertekad untuk menamatkan zaman bujangnya bukan dengan manusia tetapi dengan pontianak! Entah kenapa dia betul-betul berminat dengan untuk memperisterikan pontianak itu.

Pada malam Jumaat berikutnya, Pak Man dengan berbekalkan lampu suluh, sebatang paku besi 2”, tali dan sebatang tukul berjalan menuju ke hujung kampung iaitu ke kawasan tanah perkuburan.

Jam menunjukkan pukul 12.10 tengah malam. Pak Man bersembunyi di sebalik semak berhampiran kawsan tanah perkuburan itu. Peluh sejuknya mula menitis bukan kerana panas, tetapi kerana seram. Apatah lagi dihadapannya berceracak nisan. Tapi dia cuba melawan rasa takut itu. Dia cuba menyanyi-nyanyi kecil bagi melawan rasa gundah di hatinya. Dia menyanyikan lagi ghazal kegemarannya iaitu lagu Pak Ngah Balik

Tiba-tiba nyanyiannya disambung oleh suara perempuan yang datangnya dari arah pokok kekabu di belakangnya. Pak Man menelan liur. Kakinya terketar-ketar. Dia menggenggam paku 2” di dalam poketnya kemas-kemas.

Dia menoleh ke belakang. Hampir terkencing dia apabila terpandang suatu lembaga berpakaian putih, dengan rambut mengerbang menutupi seluruh muka berada lebih kurang 5 meter dari tempatnya berdiri. Peluhnya kian laju berjuraian macam air paip. Dengusan nafasnya dah sama macam dengusan kerbau balau.

Dia melangkah setapak ke depan dengan penuh paksaan. Lembaga itu terus menyanyi lagu Pak Ngah Balik dengan perlahan tetapi mendayu. Malah tubuh lembaga itu mula bergoyang-goyang seolah-olah sedang menari mengikut rentak lagu ghazal tersebut dan Pak Man pula seakan-akan nak mengundur 10 langkah malah mungkin 1000 langkah apabila makhluk itu mula mara ke dapan.

Dengan berkat kudrat tuanya dan cekal hatinya Pak Man menerkam ke arah lembaga itu dan dengan pantas mengikatnya di pokok kekabu. Dengan ganasnya dia menyelak rambut lembaga itu maka ternampaklah ia satu lubang di tengkuk lembaga itu yang berkedut-kedut. Dengan sekuat tenaganya dia memaku lubang itu dengan paku besi yang dibawanya. Serentak dengan itu lembaga itu meronta dan menjerit dengan nyaring sehingga Pak Man juga termenjerit dengan nyaring juga. Maka bersahut-sahutanlah jeritan mereka menyebabkan orang-orang kampung mula mengesyaki bahawa terdapat seekor lagi pontianak jantan yang mungkin akan menggamatkan suasana malam di kampung itu kelak.

Tetapi keesokan harinya, gemparlah seluruh kampung bercerita kononnya Pak Man dah bertemu jodoh apabila lelaki tua itu membawa pulang seorang perempuan cantik yang ntah dari mana datangnya. Berduyun-duyunlah mereka datang nak melihat bakal isteri Pak Man. Dan lagi gempar apabila Pak Man memperkenalkan Peah adalah pontianak yang selama ini mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Ada yang mencebik, ada yang tersenyum sinis malah ada yang mengutuk. Namun itu tak menjadi masalah pada Pak Man kerana sekurang-kurangnya dia berjaya membebaskan kampungnya dari gangguan pontianak malah dia sudah mempunyai isteri baru. Cantik pula tu!!

Peah yang baru bertukar menjadi manusia tersipu-sipu malu malah dia kekok untuk duduk bersama-sama dengan manusia. Tetapi dia cepat belajar, malah pada pandangan Pak Man dia memang layak dijadikan isteri. Malah Pak Man tak sabar-sabar untuk menikah dengannya. Yelah, dah lama menduda le katakan.

Maka pernikahan Pak Man dijalankan pada keesokan harinya dengan majlis di adakan secara ala kadar sahaja tetapi seluruh penduduk kampung berpusu-pusu untuk melihat jelmaan pontianak tersebut. Dan Pak Man juga tak sabar-sabar menunggu waktu malam untuk bersama dengan isteri barunya itu.

Namun begitu, keesokan harinya makin ramai orang berpusu-pusu ingin melihat gelagat pengantin baru yang mistik itu malah ingin mnemuramah Pak Man tentang ‘pengalamannya’ malam tadi. Tetapi mereka menemui pengantin lelakinya termenung dimuka tangga.

“Kenapa ni Pak Man?” tanya salah seorang penduduk kampung.

Pak Man hanya diam sahaja sambil dia mendongak ke atas pokok mangga di sebelah rumahnya. Maka ternampaklah semua orang bahawa Peah sedang nyenyak tidur di atas pokok. Mungkin kerana orang ramai yang bising-bising, Peah terjaga dan sambil tersenyum simpul dia berkata ..

“Er … saya tak biasalah tidur atas katil. Dah biasa tidur atas pokok kekabu di hujung kampung sana tu……”


LAGI ADEGAN YANG TAK SEDAP KITA LIHAT ...HMMMM

Lagi cerita pasal Melayu Sarawak ni... Bukanlah nak mengumpat, tapi saya rasa perlulah di dedahkan supaya orang tahu peradaban mereka dan kalau boleh pembaca yang MUNGKIN berbangsa Melayu Sarawak.. tolonglah berubah.

Saya baru teringat satu cerita bila saya baca balik blog saya ni. Benda ni berlaku dlam raya tahun lepas (2012). Kawan sekerja saya ni beristerikan org Melayu Sarawak. Kawan saya ni bukan main punya baik. Semasa kebun dia di Muar ada banyak buah, dia telah mengajak saya dan suami untuk bertandang ke kebun tu sambil memanjat pokok buah memetik hasil. Setelah berjanji di mana nak jumpa, kami pun konvoi bersama-sama ke kebun tersebut. Agak pedalaman jugalah. Tapi saya dan suami yang originally memang org klampung pure, kami memanglah suka. Apatah lagi nak panjat pokok petik buah. Terasa jugalah keseronokannya, macam kat kebun sendiri. 

Bila kami sampai aje ke kebun tu, cuma saya, suami saya dan kawan saya tu aje yang turun kereta dan merancang pokok mana nak dipanjat. hairan juga saya, kenapa isterinya serta anak-anaknya tak turun kereta? ()Lupa nak cakap, kami datang naik kereta sendiri2 ye. ) Takkan takut nyamuk gigit kot. So, atas dasar ukhwah, saya datang ke kereta mereka, ketuk tingkap dan bersalaman dengan diorg. Rupa2nya, ada sorang lagi perempuan dlm tud an diperkenal oleh kawan saya sebagai makcik isterinya itu. Tapi, kitorg nak panjat pokok tu makan masa. Takkan selama itu diorg nak tunggu dalam kereta?

So, malas nak jadi busy body, saya dan suami terus ajelah panjat pokok & petik buah. kawan saya tu pun turut serta tapi tak lama. Sekejao leas tu dia dah ke pokok sebelah yang terlindung dengan satu semak samun. Dan saya dengar isteri dan anak-anaknya berborak dan mengutip buah di pokok sebelah yang terlindung. Oh.. tak mahu bercampur gaul dengan kami rupanya....!!! Nak petik buah pun kena pokok lain2...! Masa tu jugak hati saya kata..'SOMBONGNYA'... Orang kaya ke sampai nak sombong cam tu. 

Lepas siap-siap, dia terus masuk balik dalam kereta tanpa bertegur sapa pun dengan saya dan suami. Teruknya perangai!!! Saya pun malas nak cakap apa. Lantaklah! Saya berurusan dengan suami dia dan kebun tu pun suami dia yg punya. Dan lagi tu... saya dapat tahu dia seorang GURU tu..... Hai... teruklah anak murid kalau cikgu cam tu... Sombong tak bertempat!!!

Bila saya balik ke Sarawak dan saya temui orang2 Melayu Sarawak yang macam ni, so..tau lah saya... hmmmmmmm.......


Monday, August 5, 2013

ADEGAN YANG TAK INGIN KITA LIHAT DAN KETAHUI - SARAWAK

Tajuk pun ada sikit tak syok nak dengar kan... Tapi apa yg saya nak sampaikan kat sini adalah satu kebenaran dan bukan nak menyingggung mana-mana pihak. Saya tahu tak semua yg terlibat dlm perkara ini.

Saya berkahwin dgn seorang saudara baru dari Sarawak berbangsa Iban. Jadi 13 tahun usia perkahwninan kami, baru kini saya tahu kenapa samasa awal2 perkahwinan saya tak disukai oleh saudara-mara suami saya di Sarawak. Sebabnya saya adalah oarang MELAYU. Di Sarawak, orang Melayu sombong2 belaka. Itu kata suami saya. Saya ignore kan sahaja tapi kepulangan saya kali ini, saya meng'iya'kan statement suami saya itu.

Confirm, saya dapati orang Melayu Sarawak memang sombong, malah tak menghormati bangsa lain terutama yang tidak seagama. Contoh yg paling saya rasa melampau, rumah kakak ipar saya dekat dengan sebuah surau, di mana surau tersebut sering mengadakan ceramah agama. Dan kebetulan pula saya berada di sana, ceramah agama sedang berlangsung. Saya kecewa bila penceramah sewenang-wenangnya mengutuk bangsa Iban di dalam ceramah agamanya. Masya-Allah!! Saya malu dgn apa yg berlaku. Jelas2 ucapan mereka mengutuk sedangkan saya berada di dalam kelompok keluarga Iban yg bukan beragama Islam. Apa yg mereka rasa terhadap saya? Kakak ipar saya & anak-anak saudara saya kata, mereka memang sengaja berbuat begitu utk menyakitkan hati bangsa2 lain yg bukan  beragama Islam. Malah mereka juga kurang bertegur sapa dgn bangsa2 lain ini. Begitukah orang Islam? Mencemarkan nama baik Islam & Melayu?

Kemudian saya ke Maludam, rumah panjang Sungai Daun, kampung kelahiran suami saya. Saya balik buat pertama kalinya ke sana. Memakan masa 13 jam sebab nak ke Sri Aman dulu. Jadi saya melalui perjalanan yg agak jauh juga dengan jalan yang beralun-alun dan bawa van lama. Semasa sampai di persimpangan masuk ke Pusak (kalau tak salah la nama tempat tu) menuju ke Jeti Feri ke Meludam yg jaraknya lebih 20km kot . Kami kasihankan ada 2 orang yg cuba menahan kami utk tumpang ke pekan Pusak. Maka kami tumpangkan mereka, seorang lelaki dan seorang perempuan Melayu (kerana yg perempuan tu pakai tudung dan say ayakin beragama Islam). Di kawasan tu, kalau bertudung itu orang Melayu. Sepanjang perjalanan kedua-duanya langsung tidak mahu melayani mertua saya yg asyik ajak berbual walaupun di dalam bahasa Iban. Mereka juga langsung tak mahu berbual mesra. Saya memanglah tak berani nak bercakap, sebab bahasa saya tak sama dengan bahasa diaorg, karang diorg tya saya balik, saya tak tahu nak jawab. Maka, perjalanan kami senyap aje. Sesampainya kami di pekan yg paling hampir dengan Jeti, kami tinggalkan mereka di situ seab kami bukan nak ke Pusak. Memanglah si perempuan berbahasa juga dengan bertanya berapa harga perkhidmatan kami ke situ, tapi kami dah kata kami hanya tumpangkan sahaja bukan nak ambil upah. Dan suami saya beri salam. Nak tau lelaki tu buat apa... Buat BODOH je... dan buat MUKA BODOH.... Allah!! Hilang semua pahala saya menumpangkan diaorg.. Susah ke nak ucap TERIMA KASIH bang...dan susah ke nak SENYUM? Saya memang nampak muka2 mertua dan ipar saya kelat ... mungkin rasa menyesal menumpangkan mereka.

Semasa saya ke rumah panjang dan bertemu mertua-mertua saya di sana. Dah adat kita Orang Melayu Semenanjung, bertemu adik-beradik mertua saya, mereka orang2 tua dan setaraf dengan mertua saya juga, saya bersalaman dan mencium tangan mereka. Saya taklah rasa pelik, tapi mereka semua rasa pelik. Malah ada yg mengucapkan terima kasih kerana bersalam dan mencium tgn mereka. Masya-Allah!! Rupa2nya orang Melayu di sana yg mengahwini anak2 mereka, enggan bersalaman patah lagi mencium tgn mertua... Betapalah.....! Saya pun tahu hukum, bila bersalaman dgn mertua (adik beradik mertua) lelaki, adalah berdosa kerana tidak berlapik, tetapi tak kan la dengan mertua perempuan pun tak boleh salam. Apatah lagi nak duduk di rumah panjang, minum bersama mereka. Kehadiran saya di sana menjadi buah mulut orang dan mengubah persepsi mereka terhadap orang Melayu, tetapi Melayu Semenanjung sahajalah. Mengikut kata suami saya, kampung bersebelahan banyak kampung Melayu, tapi ikatan ukhwahnya hanyalah dengan pergaduhan... termasuklah dia semasa sekolah2 dulu. Hmm.... tak tahu saya nak cakapkan apa lagi.

Semasa saya, suami, mertua dan ipar saya ke Pasar Serian, kami singgah di gerai yang menjual ikan salai. Biasalah, bila nak membeli tu, kita tawar manawar kan. Saya nak berbahasa Melayu Sarawak memanglah fail .. so .. bila suami saya yang mula berbicara dia layan elok.. tapi bila dia terdengar mertua saya bercakap (iban), serta merta wajah mereka berubah. Langsung tak layan bila kami cuba tawar menawar. Muka terus masam mencuka. Macam tu ke layan pelanggan? Oh .. ye, Mereka tu orang Melayu ye... Dan kemudian kami singgah makan di gerai Melayu di tepi Pasar Serian itu, bila diorg dengar aje kami berbahasa Iban, layanan terhadap kami terus juga berubah..  Terasa juga lah ..bila diorg layan meja sebelah bukan main punya baik lagi....

Semasa saya membeli cenderahati buat keluarga di Semenanjung, saya juga bertemu sorang pelayan perempuan berbangsa Melayu yg melayan kami dengan muka masam mencuka dan membentak2 bila saiz yang kami mahukan tak ada di meja depan. Teruk kan?

Tak hairanlah kenapa keluarga mertua saya menghalang suami saya mengahwini saya. Atas sebab2 seperti inilah, dan selama mereka mengenali hati budi bangsa Melayu, semuanya berperangai begini. Maka, macam yg saya katakan tadi, saya mengubah persepsi mereka pada Bangsa Melayu, tetapi terhad kepada Melayu Semenanjung sahaja.

Saya kecewa dengan apa yang terjadi. Tapi inilah pengalaman berharga yang saya temui. Tapi saya yakin, bukan semua Melayu Sarawak itu sombong. Tapi bila dah jadi begini, ia mengubah persepsi saya pula..

Apa-apa hal pun... di kesempatan ini saya nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


- Missa James -



Monday, July 15, 2013

Makanan Exotic dan pelik di Sarawak

Hmmm.. tajuk pun dah ngeri kan? Tak apa.. tak ada apa nak di ngerikan...


Pernah tak tengok benda ni? Ini namanya ULAT SAGU atau di Sarawak dipanggil ULAT MULONG. Buat apa? Buat makan la.... Hihihi. Kalau di Semenanjung benda ni orang buat umpan baung je. Rasanya sedap kak oi!! Lemak-lemak. Yg saya pernah makan yg goreng aje. Ada yg makan mentah. Yg tu saya tak berani nak cuba la kan... Memula tu,memang la rasa geli.. tapi dah namanya hati batu kan.. ngap aje la.. Pas tu dah rasa sedapnya...hmmm... mencari lagi lepas tu. Jangan risau pasal status HALAL atau HARAM benda ni. Mufti Negeri Sarawak telah mengesahkan bahawa ulat ini halal di makan. So, sesiapa nak cuba adalah di alu-alukan. Pas tu up-date kat sini ye...


Yang ini pula adalah OBOR-OBOR rendam yg telah dimasinkan. Sapa kata obor-obortak boleh makan? Pernah tak sesapa makan salay ikan yg bulat2 tu? Kalau tak caya, cuba cek dia tulis apa? JELLY FISH a.k.a OBOR-OBOR. Memang halal sebab ia adalah spesis ikan atau sotong. Di sini orang jual secara mentah. Yg berendam ni dah dimasinkan. So bila nak makan tu, potong kecik-kecik, perahkan limau, potongkan bawang merah dan cili padi... makan dengan nasi panas... SEDAP!!! Rasanya kenyal-kenyal... Macam makan cencaluk atau budu rasanya. 



Yang ini orang Sarawak panggil KUPANG.. tapi pada saya bukan kupang kot... Entah kerang jenis apa pun tak tau. Nampak cam lala tapi besar-besar. Nampak cam kijeng, tapi dari air laut. Nak makan, suka kitalah nak buat cam mana kan.. nak rebus boleh, nak buat sambal boleh, nak masak gulai pun boleh... ikut la selera kita.....



Ha... yg ini memang ikan... Ikan Mayong Salai.... Murah je .. selonggok RM 10 cuma nak dapatkan dia agak susah juga sebab jadi rebutan. Saya beli ikan salai ni di Pasar Serian, dlm 45 minit dari Bandar Kuching. Makan cam mana? Kalau orang Iban, masak ikan ni cam masak sup. Campur la dengan sayur seperti TERUNG IBAN, UMBUT NIPAH, UMBUT ASAM PAYA.... pelik kan? Tapi benda2 cam ni senang aje nak cari di pasar. Nak buat gulai pun boleh... terserah lah... Yang saya tahu, ikan ni memang sedap.

TERUNG IBAN? Hmm... ada la plak kan.. Hehehe. Ada orang panggil TERUNG ASAM sebab rasanya agak masam sikit. Rupa dia cam terung bulat tapi warnanya kuning atau hijau atau kekadang warna coklat. Dalam dia pun cam terung jugak. Masak dengan ikan salai memang terasa la masam dia. 


Ini la rupa TERUNG IBAN

Saya tak tau lah di Semenanjung ada ke tak terung ni. Selama saya memasak ni, memang tak pernah jumpa pun. Mungkin dipanggil dengan nama lain, saya tak pastilah.

UMBUT-UMBUTAN.

Orang-orang Iban memang suka makan umbut-umbutan ni. Umbut Nipah yang dipanggil UPAK APONG, umbut asam paya yang dipanggil UPAK MARAM. Nak ambil id memang susah sebab ke2-2 tumbuhan ni duk dalam tempat berair. Tapi kalau orang tak suka makan benda pahit, baik tak payah makan la.. sebab umbut ni pahit. Tapi kalau kena dengan gaya masakan, gian jadi nya..cam saya. Gian bila digulaikan dengan sardin ikan bilis... Hahaha. Pahit pun pahit lah.. tapi sedap!!!


Ini la rupanya Umbut Nipah (Upak Apong)


Ini rupanya Umbut Asam Paya (Upak Maram) yang telah diracik-racik untuk di masak.

Kedua-dua umbut ni tak tahan lama, tebang aje kena terus masak. Kalau simpan esok dia kan jadi keras dan berhampas, dah tak boleh makan dah.

BUAH ASAM PAYA (MARAM)

Kat Sarawak ni buah asam paya ni dijual di pasar. Buat rencah masakan. Makanan yang saya makan di sini dgn asam paya ni adalah dgn pucuk paku tanjung atau di sini org panggil paku ikan. Sedap! (Hahaha.. semua sedap kat tekak aku ni!) Orang Iban panggil buah MARAM.


Inilah rupa asam paya yang dijual di pasar-pasar di Sarawak.
Harga murah je, selonggok RM2. Nak tau dia dah masak ke belum, yg masak baunya wangi.

BUAH EMPULUR

Buah ni rupa cam buah sukun. Pokok dia pun cam pokok sukun tapi bukan buah sukun. 


Ini rupa buahnya.

Saya tak pernah jumpa buah ni di Semenanjung. tak tau apa nama dia di Semenanjung. Yang saya tau kalau sukun tak ada biji tapi buah ni banyak biji. Semasa muda, buah ni oarng buat sayur. Masak lemak ke buat gulai ke, sama cam masak nangka muda. Rasa dia pun lebih kurang sama.

Biji dia yang dah tua pula, orang makan rebus. Kalau ikutkan saya, rasa biji empulur rebus ni lagi sedap dari biji nangka atau cempedak. Rasa dia lagi lemak dan tak bergetah.


Ini biji empulur yg dah siap rebus.

RENGGUANG

Hmm... ini rupanya rengguang.


Saya sedang memegang seekor rengguang.

Haiwan ini adalah spesis ketam. Tinggal di dalam kawasan berair masin di paya bakau. Binatang ini akan tinggal di dalam lubang yang dibina di tepi paya bakau. Ada busut yg terbina sebab dia akan mengorek tanah sehingga sampai ke paras air (Tabiat ketam). Bila hujan lebat, air tawar naik maka binatang ini akan keluar dan bersantai di dalam air masin sebab tak tahan dengan air tawar. Masa tu lah org sibuk menangkap dia.


Rupa dia di dalam air.



Ini rupa penuh rengguang.




Rupa rengguang dlam baldi.

Rupa dia cam udang atau lebih rupa cam kala jengking cuma ekor dia bengkok ke depan bukan ke belakang. Dia mempunyai sepit besar seperi ketam. Kepala dia sama cam udang galah. Seeokor berat dia dalam 600g ke 800g. Sepit dia biasanya sebelah besar dan sebelah kecik. Yang bayak isi adalah kat sepit dia. Jaga2 ye, kalau tak pandai tangkap, dia bleh sepit kita.. Kat ekor orang suka makan telur dia aje.

Rasa dia sama je cam ketam. Status halal? Binatang ini bukan 2 alam dan makanan asas dia rumput dan tanah (sama cam ketam). Ia adalah spesis udang / ketam. Bawah perut dia ada jejari untuk dia berenag di dalam air.

Masaklah cam masak udang atau ketam. rasa dia memang sedap. Binatang ni orang tak jual sebab susah nak cari. Musim hujan baru boleh jumpa. Nasib2 la kalau2 ada oarng jual ket tepi jalan. 

KETAM NIPAH

yang ni tak payah cerita pun tak pe. kat Semenanjung ni banyak tapi mahal je la. Ramai org Melayu tak makan, katanya dua alam. Untuk pengetahuan anda, ketam ini adalah ketam yg duduk di air di mana kaki sebelah belakang dia berbentuk kipas untuk berenang dan di bawah badan dia ada insang untuk menyimpan air bagi tahan lama di darat. Bila kering insang tu, maka matilah dia. So, ia adalah halal di makan.


Ktam nipah. Nampak tak kaki belakang dia?


Ketam yg haram di makan adlah ketam batu yg hampir serupa dengan dia tapi kaki belakang dia sama je cam kaki2 yg lain. Dia boleh duduk di dalam air dan duduk di atas darat. Jadi haram di makan. 
Ini ketam batu.


Walau macam mana pun tiada fatwa yang sahih tentang ketam ni. Ada pendapat mengatakan bahawa semua jenis ketam ini boleh di makan. Saya tak tahulah nak cakap cam mana, tapi masa saya bersekolah agama Johor dulu, inilah yang saya belajar. 

Beza ketam nipah dan ketam batu yg boleh di makan dan yang tak boleh di makan.


So ikut lah kata hati anda. Kalau was-was, jangan lah makan. Kalau yakin halal, maka itu rezeki anda.

Ini adalah pengalaman saya makan di Sarawak di dalam keluarga mertua saya berbangsa Iban. Pada saya semuanya menarik. So.. kalau berkunjung ke Sarawak, boleh lah try makanan cam ni ye..











Thursday, July 4, 2013

PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SUAMI 2013

Assalamualaikum,

3 tahun telah berlalu maka pada 15/6 - 23/6 saya telah terbang ke Bumi Kenyalang sekali lagi buat kali ke-3. Kali ini perjalanan saya agak jauh dan lebih teruja kerana buat pertama kalinya saya pulang ke kampung halaman suami di Rumah Panjang Iban Kg. Sg. Daun, Maludam, Betong, Sarawak.

Cerita saya kali ini agak panjang juga lah. Sambil-sambil promote Sarawak di mata pembaca. hehehe.

Saya mendarat di Bandaraya kuching dalam pukul 5 petang. Dan yg pertama sekali suami saya cari adalah MI KOLOK.

Apa itu MI KOLOK? Ini dia mi kolok...


Mi ini resepi cina di Sarawak tetapi kini tel;ah dikomersialkan menjadi makanan untuk semua bangsa dan agama. Ia diperbuat dari mi kering (mi kolok) kemudian direndam seketika (celur) sebelum di adun dgn kicap. Di tabur dengan siatan isi ayam atau daging dan sawi serta taugeh yang direbus dahulu. Ada 2 cara makan iaitu dengan sup atau kering. Ia dihidangkan dengan semangkuk sup kosong. Jika nak makan cara sup, curahkan sup tersebut dalam mangkuk. Kalau nak makan cara kering, sup dihirup secara berasingan. Jika nak pedas, sambal cili dihidangkan juga secara berasingan.

Hmmm... rasanya? Wallahh!! Memang sedap... sampai termimpi-mimpi!! Setakat ini Mi Kolok yang sedap yang pernah saya makan adalah di Kota Samarahan (Berhampiran UiTM) dan juga di Pasar Satok (dulu) .. Pasar Satok sekarang dah tak macam dulu. Dah berubah.. (Nanti saya akan ceritakan)

Harganya pun bukannya mahal .. antara RM4.00 - RM5.50 sebab ada yg special. Tang mana yang special tu pun saya tak tau lah... nampak sama je...hehehe

Lupa nak cakap ye, Mi Kolok tak ada dijual di Semenanjung. Mi keringnya juga tak ada. So, kalau ada Promosi di SATU DUN SATU INDUSTRI (SDSI Malaysia) biasanya ada orang Sarawak yg buka gerai Mi Kolok sebagai mempromosi negeri mereka. So, kalau ada, boleh lah cuba.....

Makanan-makanan lain di Sarawak yg saya rasa sesiapa datang mesti cuba adalah LAKSA SARAWAK.


Kalau di Semenanjung laksa diperbuat dari mi laksa samada yang kering atau yang basah... Tetapi di Sarawak mereka menggunakan mihun. Di dalam kuahnya ada udang, daging, taugeh dan sawi. Kuahnya macam kuah gulai lemak berlada tapi rasanya tak sama. Saya memang tak tahu apa resepinya..tapi yg saya tau..sedap! Tu aje... Harganya antara RM 4.00 - RM 5.00 semangkuk.
Walau macam mana sekali pun, kalau diikutkan selera saya ... Laksa Penang dan Laksa Nyonya lagi sedap...hehehehe

Lagi satu makanan Paling Popular di Sarawak juga adalah MI REBUS JAWA.


Rasanya di Semenanjung pun banyak, tapi bezanya pada hidangannya. Ada sesetengah tempat menghidangkan dengan 3 batang sate ... Ada yang tak pernah makan Mi Rebus Jawa? Mi kuning biasa, kuahnya ada campuran keledek yang dilecek. Kuahnya pekat.... di hidangkan dengan sepotong telur rebus. Kalau ikut tekak saya... rasanya memang sedap. Biasanya mi ni tak pedas.. so untuk rasa pedas, cili potong di taburkan di atasnya... Harganya RM 4.00 - RM 5.00 semangkuk.

YANG TAK ADA DI SARAWAK... Mi Bandung tak ada di Sarawak ye.... carilah ceruk mana pun, memang tak ada... kenapa? Saya pun tak tau...huhuhu

Pernah dengar Nasi Goreng Dabai? 


Apa itu DABAI? Ha... dabai itu sejenis buah di Sarawak. Musimnya dlm bulan Disember hingga Mac. Buahnya rupa cam ni...


kalau makan cara tradisional, buah ni direndam dengan air panas, lepas tu isi dan kulitnya dipulas supaya terlerai dari bijinya yg berbentuk seperti buah kana. Cicah dgn garam atau kicap campur gula dan NGAP!! Orang yang pertama kali makan memang tak terasa sedapnya tapi, kalau dah 2 - 3 kali pekena... lepas tu dok mencari la.. hahaha

So, buah ni dipelbagaikan dalam masakan. Ada yang buat jeruk masin untuk dimakan dengan nasi dan ada juga digoreng dengan nasi.. maka jadilah Nasi Goreng Dabai.

Buah dabai ni rasanya lemak-lemak. Kulitnya sedikit masam... tapi, sedap... (ikut tekak saya la kan). Harga buah ni ... hahaha... jangan tergezut... ada boleh sampai RM40/kg!!!! Kalau terjumpa dan nak rasa... hmmm boleh la beli sikit. Buah ni tak tahan lama. Kalau kena panas sikit je, terus kecut dan tak sedap....

Oklah... ini pembukaan hari ni untuk perjalanan saya kali ini. Ada banyak lagi nak saya ceritakan.... tapi tunguuuuuuu.....









Tuesday, May 21, 2013

Topic Lain Skit - Kek Lapis Sarawak

KEK LAPIS SARAWAK


Hmmm .. pernah makan kek lapis ni? Kat semenanjung ada banyak tapi harganya pun BANYAK la juga... Bagi sesiapa yang nak beli buah tangan balik ke Semenanjung, jangan lupa singgah kat Kek lapis Dayang Sahlah yg letaknya di seberang Sungai Sarawak di Water Front Kuching. 


Inilah rupanya kek lapis jenis swiss roll. Harganya cuma RM10 sebiji.. Murah kan? Ada banyak lagi jenis kek lapis. Di sana nanti ada meja khas untuk mencuba rasa kek-kek tersebut. Nak makan sampai kenyang pun tak pe. Tapi jangan rambang tekak pulak. Semua rasa, semuanya sedap.

Tapi kalau saya, saya akan pilih Kek Lapis Sisik Ikan, yg ni mahal sikit..tapi sedap. kek lapis cheese and mana-mana swiss roll. Yg lain2 tu, sama je kot rasanya.... Tapi ikutlah selera masing-masing

Untuk nak bawa balik ke Semenanjung, just cakap je kat kaunter pembayaran. Dia akan 'briefcase'kan kek2 tu... Jangan risau, kek yg tak masuk peti ais boleh bertahan sehingga 4 hari... Sempatlah nak bawa terbang ke Semenanjung.

Sebenarnya banayk lagi kedai2 kek lapis sarawak di bandar Kuching ni, tapi saya cuma suggsetkan yg ni sebab dah popular sesangat, sampai menteri pun datang cari kek dia...

Tapi kalau ada rakan-rakan lain yg tau kat mana lagi sedap & best..saya alu-alukan...

Tuesday, April 2, 2013

MASIH TERASA


Judul Novel : MASIH TERASA
Karya : Missa James 
Terbitan : Intens Idea International
Pasaran : April 2013
Hraga : Semenanjung RM 20
Sabah / S'wak RM 23



Sinopsis :

Mengisahkan Mizan yang terperangkap dengan cinta yang bersegi-segi dek kerana ugutan si ibu supaya dia berkahwin segera atau Asmah si gadis gila yang akan dipinangkan. Kenapa mesti si gadis gila? Siapakah Asmah? Bagaimana pula dengan gadis-gadis lain yang tersenarai di dalam diari hidupnya? Bagaimana dengan sepupunya Suraya yang disarankan lebih awal oleh ibunya? Atau akur pada kehendak Fara yang semakin mendesak? Masa di beri cuma 4 bulan... mampukah Mizan melawan takdir? 

“Ni surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak Cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!” – Fara

“Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila daripada berbinikan setan!” – Mizan

“Yeah, yeah… Abang Mizan datang! Abang Mizan datang! “ Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak lecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga. 
“Aduh! Hampeh!” serta merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!
“Mizan! Kau memang nak kena ni!” marah Azrul lalu dia terus melulru ke arah Mizan yang sudah berdiri sedia untuk keluar dari rumah itu. 
Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan pernikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan di pinang si ibu. Lalu Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam karenah gadis-gadis dikota…… NAMUN entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia…..
Mampukah Mizan menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?

Boleh di dapati di Kedai Buku Popular & kedai2 buku terpilih. Atau langganan terus dengan Intens Idea Fauziah Ashari ... 

Beli secara on-line
Butiran 
Bank : Maybank
Akaun : 501 244 310046
Nama : Intens Idea International Sdn Bhd
Harga : SM RM20.00 / SS RM23.00

Nota : Penghantaran poslaju free.

Diminta, selepas membuat bayaran, emel butiran diri spt NAMA, ALAMAT, NO TELEFON DAN JUDUL BUKU serta SLIP BAYARAN ke intens@intensmedia.com.my atau faks 07-351 6568

Jika melanggan menggunakan wang pos, butiran adalah atas nama 'Intens Idea International Sdn Bhd'

Hantar kepada:
Intens Idea International Sdn Bhd
No 01-22, Jalan Austin Perdana 2/24
Taman Austin Perdana 
81100, Johor Bahru 
Tel : 07 361 7374 / 016 733 1005

Dengan saya pun boleh...tapi tertakluk pada stok kat tangan saya la kan.. sebab saya tak simpan banyak...
Hehehe

Terima kasih tak terhingga bagi yang telah membeli dan membaca wadah ini. sayang anda semua....