Thursday, July 4, 2013

PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SUAMI 2013

Assalamualaikum,

3 tahun telah berlalu maka pada 15/6 - 23/6 saya telah terbang ke Bumi Kenyalang sekali lagi buat kali ke-3. Kali ini perjalanan saya agak jauh dan lebih teruja kerana buat pertama kalinya saya pulang ke kampung halaman suami di Rumah Panjang Iban Kg. Sg. Daun, Maludam, Betong, Sarawak.

Cerita saya kali ini agak panjang juga lah. Sambil-sambil promote Sarawak di mata pembaca. hehehe.

Saya mendarat di Bandaraya kuching dalam pukul 5 petang. Dan yg pertama sekali suami saya cari adalah MI KOLOK.

Apa itu MI KOLOK? Ini dia mi kolok...


Mi ini resepi cina di Sarawak tetapi kini tel;ah dikomersialkan menjadi makanan untuk semua bangsa dan agama. Ia diperbuat dari mi kering (mi kolok) kemudian direndam seketika (celur) sebelum di adun dgn kicap. Di tabur dengan siatan isi ayam atau daging dan sawi serta taugeh yang direbus dahulu. Ada 2 cara makan iaitu dengan sup atau kering. Ia dihidangkan dengan semangkuk sup kosong. Jika nak makan cara sup, curahkan sup tersebut dalam mangkuk. Kalau nak makan cara kering, sup dihirup secara berasingan. Jika nak pedas, sambal cili dihidangkan juga secara berasingan.

Hmmm... rasanya? Wallahh!! Memang sedap... sampai termimpi-mimpi!! Setakat ini Mi Kolok yang sedap yang pernah saya makan adalah di Kota Samarahan (Berhampiran UiTM) dan juga di Pasar Satok (dulu) .. Pasar Satok sekarang dah tak macam dulu. Dah berubah.. (Nanti saya akan ceritakan)

Harganya pun bukannya mahal .. antara RM4.00 - RM5.50 sebab ada yg special. Tang mana yang special tu pun saya tak tau lah... nampak sama je...hehehe

Lupa nak cakap ye, Mi Kolok tak ada dijual di Semenanjung. Mi keringnya juga tak ada. So, kalau ada Promosi di SATU DUN SATU INDUSTRI (SDSI Malaysia) biasanya ada orang Sarawak yg buka gerai Mi Kolok sebagai mempromosi negeri mereka. So, kalau ada, boleh lah cuba.....

Makanan-makanan lain di Sarawak yg saya rasa sesiapa datang mesti cuba adalah LAKSA SARAWAK.


Kalau di Semenanjung laksa diperbuat dari mi laksa samada yang kering atau yang basah... Tetapi di Sarawak mereka menggunakan mihun. Di dalam kuahnya ada udang, daging, taugeh dan sawi. Kuahnya macam kuah gulai lemak berlada tapi rasanya tak sama. Saya memang tak tahu apa resepinya..tapi yg saya tau..sedap! Tu aje... Harganya antara RM 4.00 - RM 5.00 semangkuk.
Walau macam mana sekali pun, kalau diikutkan selera saya ... Laksa Penang dan Laksa Nyonya lagi sedap...hehehehe

Lagi satu makanan Paling Popular di Sarawak juga adalah MI REBUS JAWA.


Rasanya di Semenanjung pun banyak, tapi bezanya pada hidangannya. Ada sesetengah tempat menghidangkan dengan 3 batang sate ... Ada yang tak pernah makan Mi Rebus Jawa? Mi kuning biasa, kuahnya ada campuran keledek yang dilecek. Kuahnya pekat.... di hidangkan dengan sepotong telur rebus. Kalau ikut tekak saya... rasanya memang sedap. Biasanya mi ni tak pedas.. so untuk rasa pedas, cili potong di taburkan di atasnya... Harganya RM 4.00 - RM 5.00 semangkuk.

YANG TAK ADA DI SARAWAK... Mi Bandung tak ada di Sarawak ye.... carilah ceruk mana pun, memang tak ada... kenapa? Saya pun tak tau...huhuhu

Pernah dengar Nasi Goreng Dabai? 


Apa itu DABAI? Ha... dabai itu sejenis buah di Sarawak. Musimnya dlm bulan Disember hingga Mac. Buahnya rupa cam ni...


kalau makan cara tradisional, buah ni direndam dengan air panas, lepas tu isi dan kulitnya dipulas supaya terlerai dari bijinya yg berbentuk seperti buah kana. Cicah dgn garam atau kicap campur gula dan NGAP!! Orang yang pertama kali makan memang tak terasa sedapnya tapi, kalau dah 2 - 3 kali pekena... lepas tu dok mencari la.. hahaha

So, buah ni dipelbagaikan dalam masakan. Ada yang buat jeruk masin untuk dimakan dengan nasi dan ada juga digoreng dengan nasi.. maka jadilah Nasi Goreng Dabai.

Buah dabai ni rasanya lemak-lemak. Kulitnya sedikit masam... tapi, sedap... (ikut tekak saya la kan). Harga buah ni ... hahaha... jangan tergezut... ada boleh sampai RM40/kg!!!! Kalau terjumpa dan nak rasa... hmmm boleh la beli sikit. Buah ni tak tahan lama. Kalau kena panas sikit je, terus kecut dan tak sedap....

Oklah... ini pembukaan hari ni untuk perjalanan saya kali ini. Ada banyak lagi nak saya ceritakan.... tapi tunguuuuuuu.....









1 comment: