Perkuburan
Lama
Sebagai pencari cerita-cerita
seram, saya sering menemubual sesiapa sahaja yang saya rasakan boleh dapat
cerita yang betul-betul menaikkan bulu roma. Pada suatu hari …..
‘Cerita ini berkisar dikampung
aku. Malah aku sendiri yang mengalaminya.’ Cerita Samad bin Samud (bukan nama
senbenar) kepada saya yang waktu itu sedang berjalan-jalan di tepi sebuah tanah
perkuburan lama di remang-remang senja.
Kampung aku terletak agak jauh
dari jalan besar, memang terkenal dengan cerita seramnya. Maklum sajalah, nak
masuk ke kampung aku tu, kena melalui 3 jenis tanah. Pertama tanah kebun, kedua
tanah kubur dan ketiga barulah tanah orang-orang kampung. Yang paling ngeri
ialah tanah kubur la.. Kubur di situ sebenarnya perkuburan lama kerana sudah
penuh penghuninya. Mungkin sebab itulah ramai ‘penghuninya’ keluar menyakat
pada waktu malam di tepi-tepi jalan… maklumlah dah sarat, boring agaknya duduk
berhimpit-himpit.
Semua penduduk kampung aku memang
tak beberapa berani melintasi kawasan tersebut walaupun pada waktu siang. Kata
orang kalau waktu siang, ada macam-macam bau. Bau kemenyanlah, bau wangilah,
bau kari dengan bau ayam goreng pun ada … macam-macam lah…. Seolah-olah ada
orang tinggal di tanah perkuburan itu. Kalau ditinjau-tinjau, memang ada sebuah
rumah buruk dipenjuru kawasan perkuburan itu. Kata orang kampung aku, itu rumah
bidan kampung ini dulu. Tapi bidan tu dah lebih 20 tahun jadi arwah. Malah
kuburnya juga berhampiran dengan rumah tu.
Dua tiga tahun lepas, ada orang
tersesat dikawasan tanah perkuburan tu. Orang tu dari Kuala Lumpur nak ke kampung aku menghadiri
majlis perkahwinan sepupunya. Waktu tu dah pukul 2 pagi. Jalan kampung aku
pulak memang tak ada lampu jalan. Tiba-tiba dia nampak ada sebuah rumah yang
lampu terang benderang kat kawasan tu, dia tanyalah kalau-kalau kenal tuan
rumah pengantin tetapi penghuni rumah tersebut tidak kenal langsung nama yang
disebutkan olehnya. Malah mereka kata mungkin orang itu belum sampai lagi ke
tempat itu. Pelik jugak … ‘belum sampai’. Oleh kerana terlalu penat memandu
dari Kuala Lumpur
dia dan keluarganya ambil keputusan untuk tidur saja di dalam kereta
memandangkan tuan punya rumah itu buat derk aje, langsung tidak mempelawa mereka tidur di
rumahnya. Bila tersedar saja dari tidur esok harinya, terkejut gilalah mereka,
gila pun pun tak terkejut macam tu kerana mereka sebenarnya berada di
tengah-tengah kawasan perkuburan lama itulah! Malah tak ada rumah orang pun di
depan kereta mereka seperti malam tadi. Terus mereka balik ke KL, tak jadi ke
rumah sepupu mereka tu. Patutlah orang tu cakap ‘belum sampai’ … yelah orang tu
hidup lagi, sihat walafiat. Belum jadi ‘penghuni’ kawasan tu.
Cerita aku pulak lain sikit. Kat
perkuburan lama tu jugak. Ia berlaku kira-kira setahun yang lepas. Waktu itu
aku baru balik ke kampung selepas bertahun-tahun merantau ke Kuala Lumpur . Aku memang boring duduk di
rumah, dah jadi kebiasaan aku semasa di Kuala
Lumpur dulu. Aku pun merayau-rayaulah di pekan yang
berhampiran.Itupun lebih kurang 5 batu dari kampung aku. Orang kampung aku dah
banyak kali melarang aku balik sampai lewat malam. Kata mereka nanti aku kena
sakat ‘penghuni’ tanah tu yang biasanya menjelma jadi perempuan cantik
menumpang pada waktu malam. Aku tak hiraukan langsungpun. Malah setiap malam
aku balik tak ada benda apapun yang mengacau. Aku katakan pada mereka, yang
‘penghuni’ tu tak berani nak kacau aku. Maklumlah atuk aku bomoh handal di
kampung aku, Dulu la .. sekarang pun dah arwah dah dia.
Nak dijadikan cerita, suatu malam
… aku ingat malam tu malam Jumaat la..
Aku melalui kawasan itu lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Aku melihat
rumah buruk dipenjuru kawasan itu terang benderang macam ada kenduri. Dengan
perasaan dah tak tentu arah aku terus pecut balik ke rumah. Mungkin inilah yang
dikatakan oleh orang kampung aku. Tapi sikitpun aku tak ceritakan pada mereka
takut dia orang ketawakan aku.
Tapi aku memang degil. Aku masih
tak serik-serik. Esoknya aku lalu di kawasan itu lagi tetapi kali ini tak ada
apa-apa yang berlaku. Sunyi seperti malam sebelumnya. Ini membuatkan aku
bertambah yakin yang ‘mereka’ tak berani nak kacau aku.
Seminggu lepas tu, aku sekali lagi balik lewat. Kali ni
betul-betul lewat dalam pukul 3.00 pagi. Semasa aku baru saja masuk ke simpang
kampung aku, aku nampak seorang perempuan berbaju kurung putih melambai minta
ditumpangkan. Aku pun tak fikir panjang, terus tumpangkan perempuan tu,. Cantik
…. memang cantik kalah M. Rajoli eh … Angelina Jolie dan baunya … mak oi …
wangi gila… gila pun tak wangi macam tu.. Tapi dia tak banyak cakap. Sepatah
aku tanya, sepatah dia jawab. Dek kerana kecantikannya, aku sampai terfikir nak
buat bini, kau tau!!. Hahaha ….!! Tiba-tiba dia minta aku berhenti. Katanya dah
sampai. Akupun berhentikan dia dan sebelum dia melangkah aku tanya nama dia.
‘Wati’ katanya … Gembira sakanlah aku sambil menyanyi lagu ‘Lizawati’. Apa tak
seronoknya, dah lama aku kat kampung ni, tak de sorang pun sudi jadi awek aku.
Mungkin ‘Wati’ ni sudi kot. Sebab itu dia beritau nama dia. Kalau orang tak
sudi, jangankan nak beritau … muncung lagi ada la..Lepas tu aku pun teruskan
perjalanan aku, tapi tiba-tiba aku rasa pelik, aku toleh ke belakang…
rupa-rupanya perempuan itu berhenti di kawasan perkuburan itu!. Malah perempuan
tu pun dah lesap tak sampai beberapa minit. Aku bertambah tak keruan, lagu yang
aku nyanyi dah jadi macam lagu gendang cina mati. Tiba-tiba motor aku pulak
buat hal tak mahu berjalan walaupun di’press’ minyak kuat-kuat. Aku rasa macam
nak pengsan bila tiba-tiba aku dengar suara perempuan memanggil ‘abang ….abang
…!’ makin lama makin dekat. Sampai akhir sekali aku rasa suara tu betul-betul
di belakang aku. Aku menjerit … aku campak motor aku dan bukak langkah seribu.
Agaknya kalau diukur larian aku tu, kalah Rabuan Pit. Betul-betul laju sampai
aku tak perasan kat depan aku tu ada tunggul dan aku tersungkur macam nangka
busuk. Gedebuk …!! Kalaulah orang kampung aku nampak macam mana aku jatuh,
seminggu dia orang ketawa tak berenti. Begitulah ceritanya…
“Apa terjadi pada abang? Dan …
Macam mana pulak dengan ‘Wati’ tu?” tanya saya untuk melengkapkan cerita.
“Wati? Oooo … aku dah kahwin
dengan dia tak lama lepas tu….” terang Samad dengan bangga.
“Kahwin ??!!!” terkejut jugak
saya.
“ Err.. abang pulak lepas jatuh
tu apa jadi …..?” tanya saya lebih excited, padahal bulu tengkuk dah
mula ready nak tegak.
“Oohhh ….. lepas jatuh tu?
Esoknya…. kat sinilah aku disemadikan………..” kata Samad sambil menuding ke arah
sebuah kubur berhampiran yang masa tu saya antara dengar dengan tidak kerana
langkah kaki tak semena-mena bertambah laju dan bertambah kencang….
No comments:
Post a Comment