Wah.. betul2 lama saya tak up-date blog ni... Ni baru nak buka balik. Bertahun rasanya. Janji nak up-date novel baru pun tak masuk juga..
Tak apa.. Novel terbaru berjudul BICARA CINTA terbutan SR Publication akan menyusul tak lama lagi.. Perancangan hujung tahun ni 2016. Apa2 hal pun tunggu giliran dari SR.
Ok.. bukan apa, saja nak cerita. Saya dah berusia akhir 30-an, selama ni saya jangkakan saya tak akan perolehi cahaya mata sebab sekian lama saya hidup tanpa cahaya mata, Kekadang saya terfikir sendiri, KALAULAH saya ada anak, cam mana rasanya. Cam mana saya nak jaga dia.
Tapi ALLAH tu maha kaya .. penghujung Disember 2016 saya disahkan mengandung. Sepanjang mengandung, saya tak mengalami sebarang alahan. Ada la sikit2 mabuk, setakat makan asam kecut sebiji dua, dah ok dah..
Cuma ALLAH nak uji saya semasa mengandung. Banyak betul gangguan emosi yg ALLAH berikan untuk saya. Tak perlulah saya ceritakan apa gangguannya tu, biarlah ia menjadi rahsia saya ye..
Saya bersalin awal 3 minggu dari tarikh jangkaan. Pada 9 August 2016 maka lahirlah Hana Humaira James bt Azizi James jam 12.44 tgh hari Selasa secara normal.

Ini gambar Humaira berusia seminggu.
Susah nak digambarkan, saya bersalin secara paksa.. induce.. masuk ubat sbb masa check CTG baby jantung dia drop. Saya hampir2 di operate. Tapi test yang kemudian, janung baby kembali normal, saya di induce dengan masuk ubat.
Pengalaman bersalin secara induce paling sakit saya rasakan. Saya masuk ubat pertama jam 1 pagi 9/8/2016. Tapi tak ada apa2 gesaan pad rahim saya. Ubat ke-2 dimasukkan jam 6 pagi. Masa tu bukaan saya baru 3cm. Doktor 'bantu' bukaan dengan tangan. Sakit la jugak. 15 minit selepas itu, saya dah mula rasa sakit. Orang kata sakit nak beranak ni rasa cam sakt nak berak. SALAH semua tu. Membongak semua tu. Sakit nak bersalin sama sakin cam orang kena senggugut. Sakit menjerut disebelah bawah pusat. Sakitnya hanya Allah je yang tahu. Dahlah malam sebelum tu saya cuma makan nasi lemak jam 8.30 mlm. Sebelum tu saya langsung tak makan sejak malam sebelumnya. saya cuma minum air kosong aje.
Sakit perut tu makin lama, makin kuat. Time tulah nurse nak check CTG lagi. Kalau sekejap tak apa juga. Ini sampai amik masa lebih setengah jam! Dengan saya yang menahan sakit lagi. Adui ai! Sampai jam 10 pagi lebih, bila doktor nampak saya semakin kritikal, dia tanya di mana suami saya. Kami diberi penerangan di mana dalam keadaan saya, saya boleh minta di bedah. Dengar je doktor kata cam tu, terus aje saya cakap dengan suami saya nak minta di bedah. Saya betul2 dah tak tahan nak tanggung sakit. Entah bila nurse nak suruh saya teran, saya pun tak tahu. Saya diberitahu yang bukaan saya bau 6cm, belum sampai 10 cm seperti requirement. Tenaga saya dah habis menahan sakit sejak dari 6 pagi. Saya dah mengerang cam hapa dah masa tu. Nak menangis pun air mata dah tak keluar.
Entah sampai kul berapa, nurse cakap dengan saya kalau sakit, teran ye.. So, bila sakit je, saya teran.. memang asa kurang sakit, tapi tenagalah main kurang. Saya cam tak percaya, dalam kamar bersalin tu saya dikelilingi lebih 6 rang termasuk doktor. Mereka sama-sama ajar saya bila masa saya nak teran. Hahaha.. teran cam nak berak sembelit katanya. Susah juga tu. Bunyi cam senang kan? Kita masa sembelit tu rasa cam nak berak, ini tak rasa cam nak berak..cam mana nak teran cam orang nak berak? So, saya teranlah cam mana pun. Entah betul ke tidak saya pun tak tahu. Yang saya tau dalam 6 kali saya teran, baru kepala baby keluar. 2 kali telan berikutnya baru badan baby keluar sepenuhnya. Masa tu cuma tinggal sisa je tanaga yang ada. Kaki pun dah berdiri sepatutnya, doktor dah gantung. Masa meneran, badan kena rapat ke perut. Nak angkat badan pun dah tak larat. Suami dan nurse tolong angkatkan. Tanagn pun dah tak pegang kat tumit. Dah pegang kat besi tepi katil.. huhuhu Terasa nurse potong kat 'situ' bagi laluan. Tapi masa tu, dia potong tu pun dah tak heran sakitnya sebab sakit perut tu lagi sakit. Bila keluar je baby, terus rasa sakit peut tu hilang serta merta. Apa yang keluar kat mulut saya cuma ALHAMDULILLAH... berulang kali.Terkedang terus saya lepas tu. Masa tu rasa cam, saya dah tak sanggup lagi kalau disuruh beranak lagi. Sakit!
Humaira plak grunting atau sesak nafas, Selepas dilahirkan, saya cuma dapat menatap wajahnya keesokan harinya sahaja di nurseri. Dia ditahan wad selama 4 hari. Balik rumah 2 hari, kena tahan lagi 8 hari sebab kuning plak. Sabo jelah. Berulang alik saya ke hospital selama berpantang tu.
Tapi ALLAH tu maha mengetahui, saya tak kekok memegang Humaira. Tak rasa susah memandikan dia, menidurkan dia, menyusukan dia.. Perasaan sayang dan keibuan itu dtaang dengan sendirinya walaupun saya ni tomboy sebelum ni. Saya boleh tidur dalam terang sebab Humaira tak nak tidur dalam gelap. Saya masih boleh bangun tengah2 malam 2 - 3 kali menyusukan Humaira. Memula tu rasa mengantuk juga pepagi. Sekarang dah lali dah.
Cuma sekarang ni rasa huru hara sikit bila saya nak prepare masak & makan untuk suami dan Huamira tak mau tidur. Terkejar2 saya. pagi2 pun cam tu, nak bagi makan kucing, sidai baju, prepare suami nak pergi kerja, prepare nak hantar Humaira ke pengasuh.. huh! Terasa jugalah... Walau cam mana sekali pun, saya tak rasa kekok. Pelik.. memang pelik.. ALLAH bagi perasaan tu secara automatik, tanpa perlu dipupuk.
Humaira semasa berusia 2 bulan setengah.