Tuesday, April 2, 2013

MASIH TERASA


Judul Novel : MASIH TERASA
Karya : Missa James 
Terbitan : Intens Idea International
Pasaran : April 2013
Hraga : Semenanjung RM 20
Sabah / S'wak RM 23



Sinopsis :

Mengisahkan Mizan yang terperangkap dengan cinta yang bersegi-segi dek kerana ugutan si ibu supaya dia berkahwin segera atau Asmah si gadis gila yang akan dipinangkan. Kenapa mesti si gadis gila? Siapakah Asmah? Bagaimana pula dengan gadis-gadis lain yang tersenarai di dalam diari hidupnya? Bagaimana dengan sepupunya Suraya yang disarankan lebih awal oleh ibunya? Atau akur pada kehendak Fara yang semakin mendesak? Masa di beri cuma 4 bulan... mampukah Mizan melawan takdir? 

“Ni surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak Cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!” – Fara

“Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila daripada berbinikan setan!” – Mizan

“Yeah, yeah… Abang Mizan datang! Abang Mizan datang! “ Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak lecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga. 
“Aduh! Hampeh!” serta merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!
“Mizan! Kau memang nak kena ni!” marah Azrul lalu dia terus melulru ke arah Mizan yang sudah berdiri sedia untuk keluar dari rumah itu. 
Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan pernikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan di pinang si ibu. Lalu Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam karenah gadis-gadis dikota…… NAMUN entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia…..
Mampukah Mizan menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?

Boleh di dapati di Kedai Buku Popular & kedai2 buku terpilih. Atau langganan terus dengan Intens Idea Fauziah Ashari ... 

Beli secara on-line
Butiran 
Bank : Maybank
Akaun : 501 244 310046
Nama : Intens Idea International Sdn Bhd
Harga : SM RM20.00 / SS RM23.00

Nota : Penghantaran poslaju free.

Diminta, selepas membuat bayaran, emel butiran diri spt NAMA, ALAMAT, NO TELEFON DAN JUDUL BUKU serta SLIP BAYARAN ke intens@intensmedia.com.my atau faks 07-351 6568

Jika melanggan menggunakan wang pos, butiran adalah atas nama 'Intens Idea International Sdn Bhd'

Hantar kepada:
Intens Idea International Sdn Bhd
No 01-22, Jalan Austin Perdana 2/24
Taman Austin Perdana 
81100, Johor Bahru 
Tel : 07 361 7374 / 016 733 1005

Dengan saya pun boleh...tapi tertakluk pada stok kat tangan saya la kan.. sebab saya tak simpan banyak...
Hehehe

Terima kasih tak terhingga bagi yang telah membeli dan membaca wadah ini. sayang anda semua....
Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, novel sulung saya berjudul MASIH TERASA (dari tajuk asal Mengukir Impian) telah pun berada di pasaran. Kadang-kadang macam tak percaya aje.. semua tu macam mimpi aje. Percaya atau tidak, novel ini telah pun saya tulis pada tahun 2004. Asalnya cuma 145 mukasurat aje untuk dihantar ke peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tapi saya tak menang untuk Novel ni. Kemudian saya perbaiki lagi sehingga menjadi 285 mukasurat. Maklumlah sebelum bertemu dengan Kak Fauziah Ashari, dah bertahun saya cari penerbit novel ni. Dari Creative Enterprise, Fajar Pakeer, Alaf 21, Buku Prima, Siti Rosmizah... semuanya tolak dengan pelbagai alasan. Malah ada yg memula kata berminat, suruh tukar format, tukar watak dan bermacam-macam lagi, tapi akhirnya  'dukacita dimaklumkan...'.

Saya dah give-up, dah malas nak menulis tapi sesekali semangat tu datang balik dan inilah hasilnya. Saya tak kisah walaupun tajuknya ditukar, yang penting isinya tetap sama. Terima kasih pada kak Fauziah Ashari yang menerima perubahan dalam genre industri novel ini.

Rahsia idea saya? Hmmm... susah saya nak cakap. Saya memang peminat novel dulu-dulu terutama novel dari Creative Ent. Ada seorang penulis yang menulis seperti saya. Saya suka pada sesuatu yang adventure, lawak dan suspens. Saya berharap sangat-sangat suatu hari nanti saya akan dapat terbitkan novel berdasarkan genre tersebut.

Banyak lagi yang perlu saya belajar dalam dunia penulisan ini. Harap sifu-sifu di luar sana sudi membantu.

Sekarang saya sedang menulis 2 buah novel ... menulis berdasarkan mood. nak cerita moden atau nak cerita kampung.... Manalah tahu, dua dua tu dapat perhatian..hehehe. Nak createkan supaya jadi menarik tu yang susah...

Tak apa, saya akan cuba siapkan juga...